Bahaya Error 404 Not Found di Google Webmaster Tools

Sunday, April 16, 2017

Kebanyakan daripada kita mungkin tak pernah sedar mengenai masalah error not found pada dashboard google webmaster tools, dan tidak kurang juga yang memang tak pernah pun menghantar pengesahan google webmaster ke atas blog kita. 

Google Webmaster Tools
Penerangan atau perkongsian kali ini aku cerita berdasarkan pengalaman aku sendiri selepas bertukar ke wordpress dan pelbagai masalah yang aku alami secara langsung dan tidak langsung dalam menggunakan platform wordpress ini.
Mana tak nya, sebaik sahaja aku bertukar ke wordpress, banyak benda aku belajar dan cuba try and error sehinggalah terjumpanya masalah error not found di webmaster tools yang tetiba menaik secara mendadak.
Sebelumnya suka aku ingatkan error not found (404 error) ini adalah broken link ataupun link yang tiada isi yang menunjukkan bahawa blog kita adalah tidak bagus di mata google kerana tidak dapat memberikan informasi yang dicari pengguna kepada kita dan blog kita bakal kena Red Flag sekaligus menjatuhkan authoriti blog kita di carian tertinggi google.
Kalau korang baca blog aku dari dulu, aku selalu tekankan mengenai authoriti yang google berikan ini sebab authoriti ni menentukan sejauh mana blog kita ni menjadi agen informasi terbaik kesukaan google untuk diletakkan tinggi di SERP.
Okay, kembali kepada tajuk utama entri ini, aku akan cerita bagaimana autoriti blog ini sedikit sebanyak boleh jatuh di carian SERP berbanding dahulu walhal menggunakan domain yang sama, teknik posting yang sama dan macam-macam lagi yang serupa. 🙂

Daripada Mana Error 404 Terjadi dan Apakah Puncanya?

Pertama, sebaik sahaja aku bertukar ke wordpress daripada blogspot, aku pernah cerita mengenai masalah permalink yang akan berubah secara sendirinya tatkala kita import semua post ke wordpress ni terutamanya pada tajuk yang panjang.
Seperti mana yang kita tau, blogspot menghadkan url yang pendek berbanding wordpress yang tidak menghadkan jumlah karakter yang ada di platform blogger ni. Jadi, kejadian error 404 akan berlaku apatah lagi kalau kita pernah masukkan internal link ke dalam entri-entri kita. Red Flag!
Kedua, percubaan aku menggunakan teknik SEO redirection 301 gagal berjalan dengan baik di mana aku masih baru lagi waktu itu untuk memindahkan semua url subdirektori kepada domain baharu. Contohnya khairulasrol.com/rumah kepada rumah.com.
Kesannya, makin bertambahlah 404 error di domain aku ni dan sedikit sebanyak menjatuhkan lagi ranking blog ni di SERP. Buktinya, index rate aku menjadi terlalu lambat sehingga terpaksa menunggu sehingga 4 ke 5 jam untuk artikel aku berada di carian google. Red Flag!
Apa itu SEO redirection? Sebenarnya ianya bagus untuk mempercepatkan lagi autoriti domain baharu tersebut dengan bantuan PA dan DA yang sedia ada di blog khairulasrol.com ini melalui pemindahan subdorektori kepada domain baharu setelah subdirektori tersebut terindex dengan cepat. 🙂
Ketiga, aku banyak bertukar theme wordpress daripada thesis ke genesis, kemudian bertukar ke Elegance Theme dan akhirnya kembali kepada thesis theme setelah aku mendapat coding comment.php yang compatible dengan wordpress 4.0.
Untuk pengetahuan, komen form korang akan hilang kepada sesiapa yang menggunakan thesis 1.8.5 pada wordpress 4.0 kerana terdapat sedikit bug dalam theme tersebut dan alhamdulillah, credit kepada Azri Johan di atas coding comment.php yang baharu ini.
Keakraban kita menukar theme ini jugak sedikit sebanyak mengganggu crawling google bot untuk mengakses website kita kerana laluan tersebut sudah berubah dari satu theme kepada theme yang lain. Tak percaya? Cubalah tukar theme anda, dan update entri baharu dan semak status index entri baharu tersebut di carian google. Ianya terjadi di blog ini dan tak mustahil jugak berlaku di blog anda.
Keempat, aku pernah menggunakan servis pengiklanan google adwords semasa membuat try and error promosi satu produk affiliate untuk lebih cepat mendapat prospek pembeli. Namun, dalam diam sebenarnya membuat pengiklanan dengan google juga membuatkan autoriti domain ini jatuh kerana terdapat proses ‘Adrank Calculation’ semasa aku membuat pengiklanan.
Mana tidaknya, blog personal seperti blog aku sememangnya tiada niche spesifik apatah lagi untuk membuat promosi sesuatu produk dan apabila aku membuat pengiklanan Adwords, memang sukar untuk mendapat skor yang tinggi. Akibatnya, CPC menjadi mahal, ROI yang kurang berbaloi dan SEO blog juga terganggu. Red Flag!
Kelima, kesalahan kelima ini bukanlah berkaitan dengan error 404 tetapi sedikit sebanyak menganggu autoriti domain blog ni. Pernah dengar kan Content is King? ya, blog yang kurang update akan dianggap tidak aktif dan kurang memberi signal yang bagus di mata google bot kerana tiada isi baru setiap kali mereka hadir ke blog ini. 🙂

Jadi, Bagaimana Nak Selesaikan Error 404 dan Naikkan Balik Autoriti Blog?

Macam yang aku sendiri sedia maklum, blog ini pernah berada di mana ia pernah berada di mata carian google. Jadi, kembalilah kepada cara bagaimana kita bermula dahulu. Anggap sahaja apa yang aku lakukan ini sebagai pengajaran untuk korang semua supaya korang tidak mengalami masalah yang sama.
Kunci utama adalah rajin update entri yang bagus. Memang pada peringkat awal, ianya sesuatu yang sangat pedih untuk bermula. Tetapi percayalah untuk jangka masa yang panjang, ianya pasti berbaloi dan pastinya kerja anda akan menjadi lebih mudah.
Tujuan utama update entri adalah untuk mendapatkan kembali kepercayaan yang google berikan. Dengan menyediakan kualiti artikel yang bagus di blog kita, pasti suatu saat ianya menjadi rujukan kepada orang lain. Daripada itu wujudnya pagerank pada setiap artikel kita.
Blog yang bagus adalah blog yang menerima kunjungan setiap hari dan memberikan manfaat kepada banyak orang dengan tujuan membantu mereka dan menyelesaikan apa juga masalah yang mereka hadapi. Insyaallah jika ini menjadi tunjang kepada setiap gerak kerja anda, rezeki itu akan hadir dengan sendirinya.
Oh ya, jangan lupa pulak setiap artikel kita juga sebenarnya mempunyai pagerank, sama seperti domain utama kita. Elakkan daripada berlakunya error 404 yang keterlaluan kerana ianya akan memberi signal yang buruk kepada domain blog anda.
Ada ke sesiapa kat sini pernah alami masalah index macam aku jugak? Macam mana keadaannya sekarang dan bagaimana anda selesaikan? 🙂 Kalau ada persoalan, boleh la tujukan kat komen di bawah. Insyaallah kalau aku tau aku balas dengan sebaik mungkin. Cheers!
Continue Reading----->

Tips Buat Duit Dengan Adsense

Satu cara yang kita perlu tahu dalam menjana pendapatan menerusi Pay Per Click (PPC) macam adsense khususnya memerlukan satu cara yang betul untuk menjana klik sebagaimana kita juga mempunyai cara untuk membuat posting yang boleh convert kepada jualan, begitu juga dengan Adsense iaitu teknik menjana klik yang betul.

High Paying Niche
Ianya bukan terletak pada jumlah trafik yang tinggi sahaja, bahkan bukan juga terletak pada script yang bagus untuk memaksa mereka klik pada iklan kita, tetapi lebih kepada cara yang betul untuk membuatkan mereka klik pada iklan tersebut.

Bagaimana Menjana Klik Yang Tinggi?

Menyediakan satu informasi yang betul adalah tunjang kepada content yang bagus kepada pembaca. Tetapi dalam konteks menjana klik, satu cara yang boleh kita praktikkan ialah dengan menyediakan satu blogpost yang semi-information.
Tujuannya adalah supaya mereka menggunakan link-text ads sebagai alternatif untuk mereka mendapatkan informasi yang lebih lanjut. Daripada situlah kita sebenarnya menjana klik yang berkualiti sekaligus menjana pendapatan daripada PCC ini.
p/s : people love to click link ads compared to banner ads.

Click Through Ratio Yang Tinggi Berbahaya?

CTR yang tinggi sebenarnya tidaklah terlalu bahaya selagi mereka yang klik pada ads tersebut datangnya daripada IP yang berbeza. Tidak pernah dinyatakan dalam TOS google Adsense bahawa CTR yang tinggi itu berbahaya bahkan teknik membeli trafik juga tidak pernah menyalahi undang-undang google adsense kalau betul caranya.
Percaya atau tidak, kita sebenarnya dibolehkan untuk mengiklankan blog kita pada servis pengiklanan di blog yang bertrafik tinggi dan juga search engine seperti Bing dan Google.
“You’re welcome to promote your site in any manner that complies with our program policies. However, AdSense publishers are ultimately responsible for the traffic to their ads. So if you choose to partner with a third-party service to increase traffic to your site, it’s critical that you monitor your reports closely to gauge the impact that each source has on your ad traffic.”
Diluar sana ada banyak servis yang menjalankan servis tarik trafik tapi berhati-hati dengan servis yang mengarut macam click bot dan sebagainya. Tak semua tak bagus dan yang bagus, aku sendiri tak nafikan memang susah nak jumpa.
See how this people make money with adsense through advertising ads :
Untuk beriklan dengan search engine, amatlah tidak digalakkan untuk beriklan dengan google Adwords kerana kos yang diselaraskan oleh pihak google semestinya lebih kurang sahaja dengan CPC yang bakal kita peroleh nanti.
Kesimpulannya, kita harus bijak dalam mencari ruang idea untuk menjana trafik dengan ROI yang berbaloi. Buat duit dengan PPC ini bukanlah jumlah trafik yang tinggi sahaja tetapi perlu diketahui juga cara yang betul untuk convert kepada klik yang banyak. 🙂
Tanak keluar modal? Guna lah teknik SEO, private blog network atau miliki sendiri blog yang bertrafik tinggi. Ianya memakan masa tetapi pasti berbaloi dengan usaha yang dilakukan nanti. Semoga berjaya.
Continue Reading----->

Panduan Sebelum Blogger Bertukar Ke WordPress


Panduan Blogger ke WordPress
Assalamualaikum semua. Sebelumnya, aku nak mintak maaf sedikit sebanyak sebab lama tak update blog ni. Sebenarnya banyak yang berlaku ke atas blog ni selepas bertukar ke wordpress dan aku rasa perkongsian kali ini lebih kepada mereka yang inginkan panduan sebelum bertukar platform mahupun yang baru nak buat blog dengan wordpress.
Okay, cerita terus kepada tajuk entri ni, aku tulis berdasarkan pengalama aku sendiri dan aku sendiri rasakan benda ni terlalu penting untuk diambil tahu memandangkan tak ada satu pun blogpost yang menceritakan pasal panduan sebelum menggunakan platform wordpress ni.

Ciri-ciri Utama Dalam Menggunakan Platform WordPress

  1. Pemilihan hosting yang bagus.
  2. Setting permalink yang betul.
  3. Theme dan plugin yang sesuai.
Okay cukup 3 perkara ini. Ianya nampak mudah, simple tapi kalau korang tak ambil kisah pasal ni, lebih baik guna platform blogger je. Aku tak nafikan untuk memiliki blog wordpress yang bagus memerlukan kos tambahan yang lebih tinggi tapi kalau berbaloi dengan apa yang akan kita peroleh, mengapa tidak bertukar ke wordpress? 🙂

Pemilihan Hosting

Pemilihan hosting pada dasarnya memainkan peranan yang penting terutama sekali pemilihan server yang bagus daripada hosting provider korang. Server yang tidak bagus akan melambatkan loading blog korang dan kesannya bukan sahaja pengunjung malah ranking artikel anda di carian google search pun akan menurun.
Daripada sudut pandangan dan penelitian blog yang lambat loading atas sebab server ataupun kehabisan bandwidth akan memberi kesan negatif kepada kedudukan artikel korang. Perlu ambil tahu, aku bercerita lebih kepada kesan SEO dan SERP blog anda kerana tanpa kedudukan yang bagus pada carian google, tidak akan ada yang akan menjumpai artikel anda nanti.
Slow Loading > No High SERP > No Traffic > No Money!
Jangan kata korang buat blog bukan sebab duit kalau iklan bersepah terapung-apung, advertorial dan selit link affiliate kat mana-mana entri korang tu. hehe. 😀 Kesan SERP ni jugak terbukti dalam entri contest Forblogger.net dalam contest SEO “Eyriqazz vs Denaihati” suatu masa dahulu apabila kedudukannya dipintas oleh blog lain tatkala blog Forblogger.net tu ‘down’ seketika kerana kebanjiran trafik yang melampau.
Kesilapan membeli hosting seperti server yang kurang laju, selalu down server akan merosakkan SERP artikel anda di carian google khususnya. Hosting provider yang menyediakan server yang baik biasanya memakan kos yang lebih mahal dan apabila anda menggunakan server yang bagus, SERP pun sudah cantik, kebanjiran pengunjung akan berlaku dan tak mustahil akan down jugak nanti. Pada saat itu, menaiktaraf hosting diperlukan untuk menampung jumlah pengunjung yang datang.

Setting Permalink Yang Baik

Permalink (URL) yang bagus juga adalah sangat-sangat penting. Kesilapan pada permalink akan merosakkan sitemap yang korang hantar ke webmaster tools dan index entri akan menjadi perlahan kerana feed yang anda hantarkan tersebut sudah berubah. Perkara ni berlaku di blog aku sendiri di mana entri pertama aku menggunakan platform wordpress memerlukan hampir 5 jam sebelum ianya terindex di carian google. 🙁
Setting permalink yang bagus bukan sahaja menggunakan ‘month’ dan ‘year’ sahaja sebagaimana yang ditetapkan platform blogger terdahulu seperti ini :
http://khairulasrol.com/%year%/%monthnum%/%postname%.html
Tetapi harus juga disertakan www.domain.com sebagaimana ketika anda menggunakan platform blogger. Ini kerana ketiadaan www di hadapan nama domain anda akan mengakibatkan sitemap anda sudah bertukar nama dan semua entri anda di carian google akan jatuh kerana kehilangan backlink yang telah anda buat sebelum ini ke atas entri-entri anda. Penting!
http://www.khairulasrol.com/%year%/%monthnum%/%postname%.html
Masalah ini mungkin pada mata kasar kita boleh gunakan teknik redirection www to non-www tetapi daripada pencarian google robot, anda sebenarnya kehilangan semua backlink yang terdahulunya anda buat. Apabila sitemap anda kembali di index, maka entri anda menjadi tidak cukup kuat di carian google (SERP).
Setting Error 404 (not found) jugak perlu dititikberatkan dan kejadian Error 404 ini pasti berlaku kerana permalink kita pasti akan berubah terutama sekali kepada entri kita yang bertajuk lebih panjang. Perlu tahu permalink kita pada platform blogger adalah dihadkan kepada beberapa karakter sahaja berbanding wordpress yang tidak menghadkan karakter permalink kita.

Pemilihan Theme dan Plugins

Pada bahagian ni, ianya tidaklah terlalu penting sebagaimana dua faktor besar di atas ke atas SEO blog korang tu. Ya, pemilihan theme adalah terpulang kepada anda selagi ianya menepati ciri-ciri SEO dan user-friendly, ianya sudah cukup untuk meletakkan blog anda di carian teratas google. 🙂
Daripada pandangan peribadi aku sendiri, semestinya ianya simple dan kemas, pemilihan warna yang sesuai dan responsive bagi pengguna mobile. Interface (front-end) yang bagus juga memainkan peranan selain isi kandungan blog yang terbaik.
Okay cukup panduan ringkas tetapi sangat penting untuk diambil tahu sebagai pengetahuan tambahan. Harapan sedikit sebanyak membantu mereka yang inginkan panduan sebelum bertukar ke platform wordpress. WordPress adalah platform terbaik untuk melangkah jauh, tapi bersedialah dengan kos tambahannya. Semoga bermanfaat. 
Continue Reading----->

Daripada Blogger ke WordPress Platform

Setelah sekian lama aku menggunakan platform blogspot, kini aku mula mengorak selangkah kehadapan dengan menggunakan platform berbayar wordpress. Aku pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa aku bertukar platform sedangkan blogger platform sudah cukup kuat untuk SEO kalau kena caranya?

wordpress atau blogger
Kalau korang follow perkongsian aku dari dulu, aku pernah cakap nak merancang untuk melangkah kehadapan dalam entri Cubaan Melangkah ke Peringkat Seterusnya yang mana aku bercadang untuk menjadi web developer dan bertukar ke platform WordPress adalah langkah pertama dan paling penting dalam membina satu website yang multifunction.
Bertukar ke platform WordPress agak mencabar bagi aku sebab struktur coding (bahasa coding) yang digunakan berbeza. Kalau guna  Blogger platform dulu, aku bermain dengan bahasa HTML manakala WordPress ni guna PHP. Nasib baik custom CSS dia tak beza pun.

Thesis Theme Pilihan Utama

Pemilihan theme thesis ni memang dari aku guna platform Blogger dulu dah memang minat sangat sebab theme yang ringan, SEO Optimized, clean design dan macam-macam lagi. Kalau guna Thesis 2.x lagi best, dah siap setup markup schema dan responsive! Responsive ni sangat penting sebab pengguna mobile dah semakin ramai.
Cakap pasal pengguna mobile ni, aku pernah promote satu entri kat page 500k dan aku dapati 85% pengunjung yang datang adalah pengguna mobile! Mungkin kita boleh buat andaian, “Alaa tu pengunjung daripada facebook, memang lah banyak mobile user!” . Yaa betul, facebook user memang kebanyakkannya mobile user tetapi satu perkara yang harus kita ambil tahu :
“Organic user yang datang daripada search engine juga mempunyai portion yang tinggi daripada mobile sekitar 45-50%. Cuba bayangkan kalau theme kita tak mobile user, kita mungkin kehilangan separuh daripada targetted traffic yang datang dan memang satu kerugian kerana kehilangan prospek yang berkualiti”
Namun, sengaja aku guna Thesis 1.8.5 untuk memahirkan diri sendiri dengan custom coding CSS dan custom function. Bagusnya custom CSS dan custom function ni kita boleh override semua default CSS dengan function yang ada jadi 100% kita boleh customize ikut suka hati kita. Sebab itu kita pernah nampak blog berita ke blog tech, tapi base theme guna thesis. Memang terbaik lah!

Guna WordPress Dengan Tujuan Tertentu

Kalau dulu aku tak bercadang untuk bertukar ke platform WordPress atas sebab-sebab yang aku nyatakan dalam entri “Kenapa Aku Tak Tukar ke WordPress?” , sekarang aku dah buat keputusan kalau nak lebih advanced, kena tukar ke WordPress. Jadi, aku sahut cabaran my boss Shah Danial untuk teruskan minat membina website berautoriti yang lebih advanced dari segi coding.
Okeh, kira langkah pertama sudah aku lakukan, belajar PHP pun google je, dalam dua tiga minggu ni memang banyak masa aku habiskan main coding je, tu yang tak terupdate. haha. Nak membina blog berautoriti pun lebih mudah untuk peringkat permulaan dengan penggunaan teknik SEO redirection. Apa tu? Jeng jeng jeng!
Untuk apa blog berautoriti ni? Tujuan utama aku adalah untuk membina satu rangkaian Private Blog Network dan perlukan satu kajian khas mengenai blog networking ni macam cara nak elakkan footprint, relevancies dan macam-macam lagi. Fokus pertama adalah pembinaan autoriti website dahulu baru lah selitkan link untuk jaringan juice link.
Secara personal, aku lebih suka interface wordpress ni berbanding blogger. Daripada pengalaman aku sendiri guna blogger platform, aku dapat rasakan yang memang sebenarnya menggunakan platform wordpress ni adalah lebih advanced. Maksud advanced di sini bukanlah lebih bagus kalau masih dalam kategori niche ‘blogger’, tapi advanced kat sini adalah untuk customize theme dia sahaja. Advanced untuk coding dengan function-function yang tak ada dalam platform blogger. Itu sahaja.
Memang pada awalnya aku rasa amat janggal dan asyik usha je blogger dashboard tu bila dah start tension tengok dashboard wordpress ni. Tetapi lama-lama mengadap coding semua, dashboard blogger pulak jadi janggal nak login. Kepada korang yang memang dah lama guna wordpress, kenapa korang guna dan pilih wordpress? Bagaimana penilaian korang dari segi SEO? 
Continue Reading----->

Rindunya Nak Menulis!

Saturday, April 15, 2017

Rasanya dah berbulan jugak aku menyepi daripada dunia blogging ni ye. haha. sebenarnya fokus aku untuk sebulan dua yang lalu adalah kepada penambahbaikan dari segi asset blog yang aku miliki untuk lebih banyak buat duit. Ya, aku lebih fokus kepada blog yang boleh bagi income yang aku rasa lebih berbaloi daripada yang lainnya.

Tak banyak yang aku dapat kongsikan lagi kat blog ni sebab dah selalu main coding dan setup blog serta support-support tertentu lebih terarah kepada blog-blog lain termasuklah belajar lagi pasal SEO dengan forum-forum indonesia, blog-blog mat salleh, webinar dan macam-macam lagi.
Jadi sedikit sebanyak mood menulis tu dah jadi agak kelaut. Sampai masa tu, ingat nak take down ke website ni tapi apabila teringat tujuan utama blog ni ditubuhkan adalah untuk memberi seberapa banyak manfaat kepada blogger lain tentang dunia internet dan SEO walaupun pernah mendapat tentangan dan sindiran daripada beberapa pihak tertentu, aku teruskan jugak menulis tentang apa yang aku tahu untuk manfaat semua orang.

Fokus Blog Bernilai Tinggi

Tiba masanya kita tak boleh nak fokus kepada satu blog sahaja. Ya, aku tak nafikan sesetengah daripada blogger yang berjaya sudah cukup dengan satu blog sahaja, menjana income dengan pelbagai produk affiliate, advertorial, review dan sebagainya, tetapi bagi mereka yang ingin fokus kepada satu niche tertentu, boleh la pelan-pelan mengatur strategi baru daripada bawah untuk peringkat permulaan blog berniche anda. 🙂
Ramai yang terlalu risau dengan backlink. Sebenarnya tak perlu pun off-page SEO tu. Bukan maksudnya tak penting, backlink sangat penting untuk rankingkan sesebuah website. Tapi untuk kesan jangka panjang, anda haruslah tidak terlalu aggresif untuk buat backlink. Ini kita panggil backlink velocity. Ianya sangat berkait dengan seberapa kerap anda buat posting untuk blog tersebut.
Kalau untuk buat blog set and forget macam saya sekarang, anda haruslah fokus kepada building backlink dengan konsistan menggunakan teknik tier backlink yang dirasakan cukup untuk mengalirkan juice untuk rank top google first page. teknik juice ini dah biasa orang guna untuk jenis set and forget! Selagi mana kekuatan juice yang diberikan kepada blog itu tidak ditandingi, selagi itulah akan tetap duduk first page google.
Banyak cakap banyak salah dan silapnya. Aku sendiri pun belajar daripada orang lain, daripada bahan bacaan yang ada di google serta webinar SEO yang aku sertai. Sesetengah orang berjaya buat, sesetengah orang tak menjadi. Banyak sangat faktor yang mempengaruhi. boleh jadi domain yang anda beli itu tidak cukup bagus atau mempunyai reputasi tidak baik.
Insyallah akan datang kalau aku mula konsistan dengan blog-blog aku ni, aku akan cuba bukak course ini kepada korang semua ya. 🙂 Dengar macam ada kontest SEO sedang berlangsung. Semoga berjaya blogger sekalian. Semoga terus rancak dunia blogger Malaysia!
Continue Reading----->
 


Email : khairulasrol@gmail.com

Dapatkan Update Terkini PERCUMA!
...............................................
We respect your email privacy

Top Reading Posts

Top Recent Posts