Bro Apesal Tak Guna Platform Wordpress?

Tuesday, December 24, 2013


Apesal Tak Guna Platform Wordpress? Sebagaimana yang semua orang tahu, blogging menggunakan wordpress ni banyak kelebihannya untuk tujuan optimization.

Tetapi kenapa aku masih lagi menggunakan platform blogger sedangkan aku tahu yang platform wordpress ni lebih baik daripada blogger? Kenapa bro kenapa?

Jawapan aku mudah, sejujurnya aku kurang mahir dengan coding wordpress dan cara sebenar nak optimize kan wordpress itu sendiri. Itu sahaja.


Ilmu Perlu Mantap Nak Guna Wordpress

Semua orang sedia maklum bahawa penggunaan wordpress.org memerlukan kos yang lebih tinggi untuk hosting sendiri berbanding blogger yang menggunakan Top Level Domain sahaja.

Aku yakin dan pasti kawan blogger aku semuanya dah master dengan wordpress, coding dan sebagainya dan takan membazirkan duit untuk sesuatu yang kita sendiri rasa tidak berbaloi bukan?

Aku sendiri tak nafikan wordpress sangat mudah untuk mengaplikasikan plugin, theme dan sebagainya tapi kita semua mesti mahukan kelainan, baik dari segi design, warna dan banyak lagi untuk tujuan 'personal' ataupun trademark kita sendiri.

Aku memang minat sangat dengan theme thesis wordpress sebab ianya tampil dengan kekemasan dan built up SEO Optimization tersedia, jadi lebih mudah untuk rank lebih tinggi dalam SERP

Kelebihan theme thesis wordpress ni bagus sebab dia ada interface dia sendiri, dengan pelbagai skin yang menarik mengikut niche website masing-masing, tapi sampai sekarang aku masih gagal untuk tukarkan skin thesis tu. Adeh!

Ada tak thesis theme untuk platform blogger? Siapa cakap tak ada. Rata-rata yang mempunyai minat dalam blogging mesti pernah jumpa Thesis Theme Blogspot V2 daripada Masta Shah Danial. Berminat? Pergi download sana.

Atas dasar minat aku yang mendalam terhadap wordpress tetapi ilmu wordpress itu masih belum mantap, jadi aku bertekad untuk mengubah theme blogger yang mempunyai interface mirip seperti wordpress.

Antara ciri-ciri blog wordpress yang aku terapkan kepada blogger seperti :

1. Responsive theme. Minimal, fast loading dan friendly mobile user.
2. Widget pada sidebar, Top Recent Comment dan Top Recent Posts.
3. Coding pada template ini aku adaptasi daripada coding Thesis Theme Blogspot V2 daripada Masta Shah Danial, memang idola aku dalam dunia blogging ni. #TabikSpring.

Kesimpulannya, adakah aku akan terus dengan blogger platform? Boleh jadi ya, boleh jadi tidak. Pada aku soalan itu lebih bergantung kepada niche sesuatu blog tersebut.

Kalau blog tersebut untuk website betul-betul untuk jana duit, mengapa tidak menggunakan wordpress yang lebih optimize. Tak gitu? Walau macamana pun, ikut kemampuan kita jugak. Kalau rasa mampu nak guna wordpress, teruskan! Kalau nak terus guna blogger platform pun juga tak menjadi masalah. :)


Share :

25 comments

  1. sama la..still guna domain blogspot.
    tak terbukak hati lg nak tukar..hehe

    ReplyDelete
  2. wow abam hebat takpe... takpe aku slow belajar ni beb.. ;D

    ReplyDelete
  3. blog bro ni sekali imbas mmg dah nampak macam blog wp selfhosted...kemah keming bro!

    blog blogspot pun boleh buat duit riban2 jugak kan bro? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah rezeki tu kan kat mana mana. hehe

      Delete
  4. aku pakai wordpress ni pun sebab aku menang contest. Kalau tidak tak dapat merasa wordpress ni. Mula2x tu memanglah macam blur3x je bila buka wordpress tapi bila dah lama try n error kita dah jadi terbiasa dengan wordpress. Ada sedikit persamaan dengan blogger. Tak cuba belum tentu tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku ada dah blog wordpress tapi untuk niche perniagaan laa. betul tu bro, tak cuba belum tahu.

      Delete
  5. untuk serius, memang aku cadangkan wordpress berbayar.

    blogspot, sesuai untuk backup.

    ReplyDelete
  6. Wordpress.org banyak kelebihannya -lebih banyak plugin dan lebih banyak resources (sebab ramai pengguna/developers). Ia juga lebih mahal untuk dimaintain dan lebih mudah dihack :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu GreenLava. kadang plugin tu pun buat masalah gak dari developer, thanks sudi singgah sini. :)

      Delete
    2. rileks bro, aku pun guna blogger lagi sebab ada something yang special kat sini berbanding wordpress..

      blog wordpress pun aku ada :)

      Delete
  7. pada den, pakai platform apa apa pun xde hal la..dua dua den ada pakai.. ;)

    ReplyDelete
  8. Pakai je mana2 bro memang dah mantop :)

    ReplyDelete
  9. tepuk dada tanya selera bro...hehe
    Joomla pun ok gak untuk blog...

    ReplyDelete
  10. Kawe lak tak expert guna Blogger... masing-masing ada preference masing2.

    ReplyDelete
  11. Beberapa hari kemarin saya buat blog di blogspot, 2 kekurangan yang saya benci di blogspot rasanya sudah tak ada yaitu mengenai panjang url yang terbatas dan halaman label yang tidak dapat diindex google. sekarang keduanya sudah bisa disetting.
    Sekarang ini, blogspot menurut saya sama bagusnya dengan wordpress.org dan rasanya malah lebih mudah dindex dari pada yang pakai wp selft hosting ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu gan. sekarang segalanya udah bisa di setting menggunakan custom robot.txt sahaja. kalau permalink itu bisa diubah pada entri post sahaja.

      Delete
  12. Rasanya blogger pun ok gak, mudah dan tak banyak songeh berbanding wordpress

    ReplyDelete
  13. guna aje mana yang kita selesa.

    ReplyDelete
  14. Wordpress adalah terbaik bagi yang saya manakala Blogger.com juga terbaik saya..pendek kata yang satu jimat dan yang satu keluarkan kos.

    ReplyDelete
  15. tahun depan gua akan bereksperimen dgn WP plak..hu3..semoga berjaya

    ReplyDelete
  16. Emm susah mungkin untuk permulaannya sahaja..lepas tu ok lahhh..hehe

    ReplyDelete
  17. Walaupun bro pakai Blogspot, nampak cun macam WordPress dah. Cuma dari segi optimization jer kureng. Tapi bro dah pandai optimize Blogspot, tak nampak sangat sebab apa nak bertukar ke WordPress.

    ReplyDelete

Korang kalau dah baca pastu tak komen, RUGI! :)
Digalakkan guna Comment As "Name/URL" untuk mendapatkan backlink serta memudahkan kunjungan balas.

 


Email : khairulasrol@gmail.com

Dapatkan Update Terkini PERCUMA!
...............................................
We respect your email privacy

Top Reading Posts

Top Recent Posts