Buffet Ramadhan Casa Ombak ok? Ini adalah entri penyertaan Buffet Ramadhan Casa Ombak yang dianjurkan oleh saudari Akma Omar.
Casa Ombak Creatives adalah satu syarikat perniagaan yang berlandaskan perancangan perkahwinan yang mantap baik dari segi pengurusan atau perjalanan sepanjang majlis, reka bentuk pelamin, kanopi, lokasi yang menarik dan lain-lain lagi.
Pakej yang disediakan juga mempunyai harga dan kelebihan yang tersendiri bergantung dengan pakej yang dipilih mengikut kemampuan anda. Secara mudahnya, segalanya ditanggung beres oleh pihak syarikat dan anda hanya perlu harga pakej pilihan anda sahaja.
Syarikat ini juga dimiliki oleh anak bumiputera yang mana lebih mudah bagi sesetengah orang untuk berbincang mengenai budget dan persiapan untuk majlis yang bakal diadakan nanti.
Buka Puasa Dengan Buffet Ramadhan
Bersempena dengan Ramadhan Al-mubarak yang menjelang tiba, Casa Ombak Creatives mengambil inisiatif baru dengan menyediakan buffet Ramadhan dengan juadah makanan yang pelbagai citarasa mengikut selera anda.
Mempertaruhkan masakan kampung sebagai menu utama, inisiatif ini dirasakan sebagai senjata utama untuk menarik minat dan selera pengunjung khususnya bagi masyarakat bandar yang inginkan kelainan dari segi citarasa.
Suasana dalam taman sebagai lokasi terbaik menambah lagi seri suasana dalam keramaian tatkala masuk waktu berbuka puasa. Tidak dilupakan juga, kemudahan untuk solat juga disediakan kepada semua pengunjung yang hadir.
Terdapat juga Instant cook corner di mana anda dapat merasai hidangan yang dimasak secara terus dan semestinya kehangatan masakan tersebut menambah selera makan anda nanti sebagai juadah berbuka puasa bersama keluarga.
Harga dan Cara Membuat Tempahan
Harga bagi buffet ini adalah mengikut umur dewasa dan kanak-kanak. Casa Ombak juga menerima tempahan bagi kumpulan, keluarga mahupun syarikat bagi memenuhi permintaan orang ramai.Tempahan boleh dibuat secara dalam talian ataupun melalui facebook fanpage Casa Ombak Creatives. Berikut adalah maklumat untuk tempahan :
Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative
Website: www.OmbakCreatives.com
Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan awal supaya anda tidak terlepas untuk buffet kali ini kerana tempat adalah terhad dan hanya yang menempah awal sahaja dapat merasai keenakan masakan di sini.
Lokasi Casa Ombak Creative
Buat tempahan anda sekarang supaya tidak ketinggalan dengan promosi ini. Buffet Ramadhan anjuran Casa Ombak pastinya memberi satu kepuasan yang tidak terhingga kepada anda dan keluarga.
Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD
Share :
salam ramadam dari saya sekeluarga
ReplyDeletememang power terus 1 page :)
nasib je bro. hohoho. salam ramadhan jugak.
DeleteMemang power betul teknik SEO yang diguna ni. Dalam 10 jam ja dah masuk 1st SERP.
ReplyDeleteSalam ramadam dari saya En.Khairul Asrol
ReplyDeletesalam ramadhan jugak en Haji Yazid. :)
Deleteterbaik bro.. gud luck
ReplyDeleteTu dia...pakar SEO dah join.. gerun!! hehe....
ReplyDeleteSalam Ramadan & Good luck bro!
mana ada pakar bro. testing je ni. meriahkan dunia blogger. good luck jugak. :)
DeleteSalam Ramadhan buat anda.... semoga mendapat keberkatan dan ganjaran pahala berlipat ganda. Semoga berjaya dengan contest ini...peluang jadi pemenang tetap ada buat Khairol Asrol.... pakar seo yang hebat bila join contest.
ReplyDeletesemoga berjaya jugak encik kamil. salam ramadhan jugak. hehe
DeleteInsya Allah... sama-sama kita doakan.
Deletetu dia dah naik first page..ahaha..aku gak kena tendang jauh dah..:D
ReplyDeleteTerima kasih sudi join contest akak...do the best..pakar SEO ni hehe
ReplyDeletepulak. mana ada pakar kak akma. hehe. akak target google.com.my macam susah je blog baru saya ni. tskk tskk.
DeleteKalau kawe pergi makan kat sini, mula-mula sekali ialah tempah tiket kapal terbang dulu. then book hotel............
ReplyDeletemenarikk
ReplyDeleteassalam.
ReplyDeleteok. ni 1st entri aku singgah utk kontest sis akma..
nampak gayanya, entri ni dah makin bagus serp nya...cayalah bro!
Hero SEO dah masuk gelanggang..pasti sengit persaingan kontest ini..semoga berjaya bro!
ReplyDeletehaha. mane ada hero bro. susah gak la nak rank google.com.my dengan domain ni. setahun jagung!
Deletegood luck! Jemput singgah ke entry penyertaan saya.. :)
ReplyDeletehttp://nikkhazami.blogspot.com/2014/07/buffet-ramadhan-casa-ombak.html