Kesan SERP Selepas Guna Google Adwords

Saturday, May 31, 2014

Kesan SERP Selepas Guna Google Adword

Assalamualaikum. Setelah agak lama aku menyepi, akhirnya tertulis jugak lah entri ni di blog Khairul Asrol mengenai Google Adwords. Sebenarnya aku baru sahaja habis peperiksaan akhir semester aku bagi tahun 2013/2014 ni.

Okay, entri kali ni bukanlah nak cerita panjang mengenai Google Adwords itu sendiri tetapi lebih kepada kesan ataupun boleh aku katakan ianya suatu teori yang masih belum jelas dan terbukti ianya betul atau tidak.

Kes terbaru yang aku temui mengenai kedudukan blog di carian google ini adalah satu kes yang agak terpencil di mana kedudukan domain tersebut telah pun berubah sebaik sahaja menggunakan servis Google Ads ini tetapi ianya masih tiada bukti kukuh untuk mengatakan ianya adalah kesan daripada pengunaan Adwords tersebut.

Adword merupakan jalan pintas untuk berada di carian tertinggi google dengan servis pengiklanan yang google sediakan dan ianya memakan kos yang agak tinggi serta tidak kekal lama. Jadi, lebih baik gunakan servis SEO kerana ianya sesuai untuk kesan jangka panjang. :)


Kedudukan SERP Berubah Selepas Guna Adwords?

Kesan SERP Selepas Guna Google Adword

Dalam kesibukan aku tu, ada seorang client ni mengadu blog bisnesnya jatuh merudum baik-baik cun dekat first page sudah jatuh ke page 4 atau 5. 


Bill dlm 1 bulan lbh gak pending. Sy dah settle baru2 ni.. Tlg tau.. Sy xfhm seo ni. Habis la biz saya kalo blog jatuh..

Daripada soal jawab yang aku lakukan, beliau cakap memang ada pending bill adword yang tertunggak. Oleh sebab dia mempromosikan blog-blog beliau menggunakan Adwords dan pending bill tersebut masih belum berbayar, secara tiba-tiba kedudukan domain blog tersebut jatuh pada carian engine.

Ini adalah kes pertama aku jumpa dan aku tak rasa teori ni betul sebabnya kedudukan di carian engine adalah seratus peratus menggunakan On page dan Off page SEO yang aku dah setupkan di blognya sebelum ini menggunakan teknik Long Term SEO strategy.

Dan mustahil blog yang sudah mempunyai ranking yang baik, secara tiba-tiba jatuh tanpa sebab musabab yang mengaitkan dengan dua faktor utama SEO tersebut. Jadi di mana silap yang sebenarnya?

Persoalan ini masih lagi dalam kajian terbaru aku dan sekarang masih lagi melakukan monitoring blog-blog tersebut. Insyaallah kalau aku dah jumpa penyelesaiannya, aku akan kongsikan kat blog ni nanti.

Terbaru, aku ada terbaca mengenai Google Pagerank di mana semua orang pasti tercari-cari kaedah sebenar google dalam memberikan pagerank kepada sesuatu blog. Dan akhirnya, teori kajian tersebut mungkin sudah aku temui cumanya untuk melakukan ujikaji, ia memerlukan beberapa blog yang sudi untuk bekerjasama dengan blog aku ni nanti.

Google Pagerank TIADA kena mengena dengan On Page dan Off Page SEO. Ianya 100% menggunakan backlink yang bersesuaian dengan niche dan pagerank diberikan berdasarkan menggunakan KAEDAH PENGIRAAN ataupun mudahnya menggunakan Calculation Pagerank Score.

Itulah sedikit sebanyak yang aku boleh kongsikan mengenai Google Pagerank ni dan akan dikupaskan lebih mendalam dalam entri yang akan datang "Study Case : Google Pagerank!"

UPDATE! Hasil kajian : http://www.khairulasrol.com/2014/06/bahaya-guna-google-adwords.html

p/s : Ada orang nak servis SEO, harga aku letak untuk permulaan servis tapi demand nak rank google.com.my sekali. Untuk pengetahuan, nak rank google.com.my memerlukan geography visitor (autorithy) yang tinggi bagi daripada sesebuah negara tersebut dan tentunya ianya memakan masa yang agak lama terutama bagi website baru. Dengan harga yang begitu rendah, maaf tiada bajet untuk aku terus konsisten buatkan servis tu. 

pp/s : Untung dah aku rankkan first page google.com. Lagi mau google.com.my dengan bajet RM50. Haiyaa.


Share :

25 comments

  1. menarik ini bro..masih tak cukup ilmu juga tentang perkara ini lagi..

    ReplyDelete
  2. tambah ilmu lagi nie... tq bro .. :) nice sharing

    ReplyDelete
  3. Tambah ilmu ena hari ni. Tapi masih blur apakah itu adwords? Advertisement word ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup salah satu servis dari google same mcm google adsense dan analytics

      Delete
    2. dia advertising guna google ranking kat google search tu ena. ala kalau kita search kat google kan nanti ada nampak, "ads by Google". tu lah dia adword. :)

      Delete
  4. Terus buat kajian, nak tahu teori ini betul atau tidak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah jumpa bro. belum siap entri. baru draft point. nantikan.

      Delete
  5. Mungkin drop sebab kena hit dengan panda baru2 ni kot bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kena dengan panda tak tunggu guna adword dulu dah. hehe. lagipun algo baru ni release baru bape minggu. tak kaji lagi panda baru ni. tak tau mai dari China ke dari US pulak kali ni.

      Delete
  6. Panda datang Malaysia kot jadi macam tu.. hehe..
    btw, hati masih lagi sayang kat SEO.. biar lambat asalkan selamat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih baik guna SEO. bagus untuk long term. :)

      Delete
  7. Mungkin drop sebab panda 4.0 update kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak rasa gitu bro sebab ni common case rupanya bagi pengguna adword. mungkin tak heboh sebab pengguna adword tak apply seo atau SERP so diorang tak berapa notice pasal ni. diorang tak suka guna SEO kot, tu pasai kaki main adword je. haha. company berduit biasa lah kan. memang kebanyakan guna adword ni kaki bisnes.

      Delete
  8. Serius saya jadi blur jap ... hahaha.. otak orang tua ... lambat nak pickup ... penat sebenarnya nak rank kan satu2 keyword itu ke halaman pertama. Nak ada client yang minta nak jadi top rank #1 .... uhh ingat senang ke ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe. bro HH pun mesti ada orang nak servis SEO kan. macam-macam karenah. tapi ada je yang okay.

      Delete
  9. Oh.. tapi jika pakai adwords jer sebelum ni tapi tak update blog dengan artikel dengan "content" yang mesra seo, memang jatuh juga rank blog tu juga...tuan, kalau saya nak guna service seo tuan boleh ke? Bonus Extra Panduan Kumpul List Cara Pro

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu. nak main adwords, content blog kena betul. kalau tak akan memberi kesan kepada SERP kita.

      servis SEO saya? urmm, buat masa sekarang saya agak busy la tuan + sedang bercuti di kampung. mungkin akan datang saya akan beritahu tuan ya.

      Delete
  10. Pelik juga situasi ni... xde idea, just tunggu hang punya kajian. Good luck... :)

    ReplyDelete
  11. Pagerank mengambarkan popular atau tidak. Bagaimana pun satu penjelasan yang baik.

    Saya lebih suka lihat kepada trustrank. daripada Pagerank. Ada beberapa tool yang mendakwa boleh melihat trustrank ini. openexplorer.org
    PageAuthority dan Domain Authority

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum...khai,

    kita tunggu , tgk macam pengiklanan melalui googleadwords.. pape tgk pengkajian saudara khairul macam mana..

    mselim3

    ReplyDelete
  13. kajian yang hebat. cukup manfaat. terima kasih

    ReplyDelete
  14. Assalam bro!

    Kajian menarik ni. Nampak macam tak logik sbb tak bayar bil, keyword boleh jatuh..maybe sebab panda 4.0 ada tak bro?

    RM50 nak lebih2..hehhee

    ReplyDelete
  15. baca berulang kali, tu pun baru nak faham, tq bro...

    ReplyDelete

Korang kalau dah baca pastu tak komen, RUGI! :)
Digalakkan guna Comment As "Name/URL" untuk mendapatkan backlink serta memudahkan kunjungan balas.

 


Email : khairulasrol@gmail.com

Dapatkan Update Terkini PERCUMA!
...............................................
We respect your email privacy

Top Reading Posts

Top Recent Posts