Content is King? Apa pandangan korang sendiri mengenai content is king? Rata-rata ramai yang dah selalu dengar daripada pembacaan di internet, ataupun dari mulut-mulut orang yang dah lama dalam dunia blogging di mana ayat "Content is King!" ni memang sangat sinonim dengan kalangan webmaster.
Sesetengah blog yang aku baca memberikan pendapat content is king ini adalah isi kandungan blog yang bagus, bermanfaat dan berinformasi kepada pembacanya. Boleh jadi jugak penulisannya itu adalah asli dan mempunyai identitinya yang tersendiri.
Apa identiti yang tersendiri ni? Pada aku, identiti yang tersendiri ini adalah gaya bahasa dan gaya penulisan kita tu haruslah jujur dari hati dan menunjukkan karakter sebenar diri kita.
Memang agak geli sikit ayat jujur dari hati tu tapi secara mudahnya ialah penulisan kita tu mestilah dari jiwa, lagi bagus spontan tapi teratur susunan ayatnya supaya pembaca mudah faham setiap perkataan yang kita tulis.
Kata Master SEO Shah Danial
Post by Shah Danial.
Aku ambil kenyataan daripada sifu SEO aku iaitu Shah Danial, beliau menyatakan bahawa Content is King itu sebenarnya merangkumi segala isi kandungan blog seperti template, penulisan, gambar, script dan macam-macam lagi.
Seperti mana yang aku terangkan dalam penggunaan markup yang betul, google bot pastinya lebih mudah memahami setiap isi kandungan blog kita dengan penggunaan meta tag yang bersesuaian.
Jelas di sini maksud content yang bagus bukan hanya terletak pada cara penulisan semata-mata tetapi penggunaan template yang sesuai juga harus diambil kira.
Dalam konteks membina blog yang lebih berautoriti dalam SEO, kita tidak akan pernah lari dari dua key utama iaitu On Page SEO dan Off Page SEO. Itu sahaja.
Nampak seperti ringkas tetapi disebalik On Page dan Off Page SEO itu terdapat beberapa seni yang tersembunyi dan bermacam lagi faktor yang bakal mempengaruhi kedudukan artikel kita di carian engine.
Secara kesimpulannya, maksud content itu adalah sangat luas dan bukan hanya tertakluk kepada penulisan, rupa bentuk yang menarik sahaja tetapi ianya merangkupi segala jenis coding yang terdapat dalam blog kita.
p/s : Google robot tidak nampak sejauh mana cantiknya blog anda, tetapi dia hanya faham dalam bahasa coding yang kemas dan boleh boleh difahami bahasa coding sahaja.
Share :
hari demi hari selepas aku banyak bersarang kt sini , mcm2 dpt belajar ... ini satu lgi ilmu yg mana content is king ... nasib bukan kingkong.. hehe
ReplyDeletetq atas penjelasan content tu sebb b4 nie ingtkan content tu pa yg ditulis je rupa-rupanya ianya menyeluruh dalam blog kita sebenarnya . . .
bersarang? haha. mai la kongsi ilmu kat sini bro. insyallah akan dikongsikan perkara yang unik, yang belum diketahui ramai.
Deleteblog aku mmg tak umphh sgt kalo bab struktur html nih sb kucar kacir sikit dan aku pun malas nak betulkan tapi kalo blog wordpress aku, leh tahan lawa...
ReplyDeletekalo rajin, edit fail xml template masing2... malas, leh beli :)
blog wordpress ko dah cun dah tu. design sendiri ke tu eh? nice interface dia. thumb up!
DeleteContent is king, pembaca juga adalah raja tetapi artikel yang berkualiti belum tentu menjamin kedudukan yang baik di SERP.
ReplyDeleteErm..bro saimi...menarik tu..apa yg google pndg utk naikkan serp?
Deletekalau rasa ada perkongsian yang ingin dibuat, boleh je nak kongsi kat sini bro. bagi tambah ilmu orang lain. mana tahu bermanfaat dan diamalkan. boleh jadi sumber pahala berpanjangan. :)
Deletecoding - coding ni macam tak mahir lagi lah
ReplyDeletecoding ni kalau nak mahir kena rajin singgah custom code tu. cuba pahamkan setiap coding dia. baru boleh jadi ninja coding! :P
DeleteThanks bro!
ReplyDeleteMakin dibace..mkin byk benda tak tahu..gali dan terus gali permata seo..
Thanks bro!
gali jangan tak gali. tapi kadang penat menggali jugak bro. haha. ada masa aku share jela apa yang aku tahu. akan datang cuba aplikasikan pulak. sekarang pun ada apply jugak pelan-pelan. akan datang insyaallah kalau jadi, ada beberapa projek mendatang.
Deletepenerangan yg bagus. menambah lg ilmu yg sedia ada. beznye klo terer edit coding template, agar ianya tergolong content is king. nanti kupas lagi
ReplyDeleteSokong pendapat bro.. izin saya menambah sedikit...
ReplyDeletejika content is king.. maka distribution pula boleh dianggap queen..
sbb jika content saja berkualiti tanpa punyai distribution content yang baik..
maka content tersebut mungkin tidak mencapai targetnya. Disebabkan itu, penggunaan social media sebagai medium distribution adalah penting.
thanks bro sudi kongsi sini. saya lagi alu-alukan sesiapa nak kongsikan pendapat/permasalahan. boleh kita bincangkan.
Deleteoh ya, bercakap mengenai distribution, ianya sangat sangat berkait rapat dengan backlinking dan untuk skop itu, ianya tidak hanya bergantung kepada social media sahaja tetapi boleh jadi dari forum-forum, web 2.0, social bookmark dan macam-macam lagi. :) thanks ingatkan saya pasal ini.
Deletemohon robot google belajar bahasa melayu pulak, tak bosan ke asyik baca coding je? Hehehe
ReplyDeleteNice article here bro :D
haha. kalau boleh, fuhh senang la kerja. :3 ko buat lah satu robot yang paham bahasa melayu. hahaha
DeleteLa.... Ingatkan kontent artikel ja, rupa-rupanya menyeluruh maksudnya.
ReplyDeleteHm... kena belajar lagi ni. Thanks bro. (Y)
Susah juga nak memahami dan mengambil hati robot ni walaupun ianya tak punya perasaan dan pilih kasih spt manusia.
ReplyDeleteBagi pendapat saya jika diluar konteks SEO pula, "Content is King' apabila ianya dapat menonjolkan identiti dan gaya tersendiri penulis...Jika dicopy paste sekalipun, kita tahu siapa pemilik sebenarnya.
Macam tu rupanya.... Bab coding dalam template ni yang pening.. Terimlah apa yang ada seadanya
ReplyDeletePersepsi content is king selalu dinilai dari bentuk tulisan. Tapi sebenarnya takkan..ianya merangkumi semua. kita agreed dengan shah..All about On page..
ReplyDeletealamak bila libatkan coding ni yang lemah ni
ReplyDeletesatu cabaran buat saya pula untuk semua ini..
ReplyDeleteCIK ni makin penting dgn perubahan besar dibuat pada algorithm Google i.e Google Panda 4.0. Kalau tak silap ramai yg affected dgn Panda baru ni. Sebaiknya bila tulis artikel CIK dan On-page SEO kena keep in mind. Otherwise terpelesuk artikel dalam search engine entah ke mana... adehhh mcm kawe punya artikel lah he he..selalu page 100 jer.
ReplyDeletesungguh luas maksud content ini..terima kasih
ReplyDeletesuka ayat ni "Google robot tidak nampak sejauh mana cantiknya blog anda, tetapi dia hanya faham dalam bahasa coding yang kemas dan boleh boleh difahami bahasa coding sahaja." alhamdulillah dah tukar wp.. dah xboleh design gegel2 :D
ReplyDeleteBaru aku faham, ingatkan content is king ni hanya artikel yang kita tulis tu mesti berkualiti. Bermakna pembaca blog kita ada dua ( manusia - baca artikel je) dan kedua robot (search enjin- robot).
ReplyDeletenak dapat content is king memang perlu usaha gigih
ReplyDelete