Uji On Page SEO Dengan Google Rich Snippet

Saturday, April 12, 2014

Pasti ramai yang tertanya-tanya apa kegunaan rich snippet google ni. Malah mungkin ada yang tak pernah tau atau memang tak pernah ambil tahu mengenai rich snippet google yang sememangnya penting dalam menaikkan autoriti sesebuah blog.

Uji On Page SEO Dengan Google Rich Snippet

Namun dalam entri ni, aku bukan nak bercerita mengenai tutorial cara pasang rich snippet itu sendiri tetapi lebih kepada perkongsian kepentingan rich snippet google tu dahulu supaya korang sedar akan kepentingannya.

Tujuan rich snippet google ni adalah untuk menaikkan autoriti sesebuah blog tersebut dalam carian google search. Autoriti ini penting untuk melabelkan blog korang tersebut mencapai dan memenuhi keperluan on page SEO yang google mahukan.


Kepentingan Rich Snippet Google

Seperti mana yang aku nyatakan tadi, autoriti memainkan peranan yang penting dalam merankingkan artikel kita di carian tertinggi google apatah lagi kepada blog yang baru seperti blog aku ni.

Rich snippet ini seperti memberitahu google bot apakah isi setiap sudut entri kita tersebut dengan penggunaan tag yang bersesuaian dengan markup yang kita tetapkan. 


Uji On Page SEO Dengan Google Rich Snippet

Kupasan mengenai markup rich snippet di atas, template yang aku gunakan ini sudah aku edit dengan sebaiknya dengan tag bersesuaian seperti yang tertera di atas.

Maksud tag bersesuaian tersebut ialah :
entry-title : Tajuk entri.
entri-content : Description entri.
fn : Nama author.
bookmark : name (tajuk entri), rel=bookmark, URL (URL entri)
tag : name (label), rel=tag, URL (URL label)
relationship : name : image author, value (type URL), href=LINK Google+

link rujukan :
[+] http://www.google.com/webmasters/tools/richsnippets?q=http%3A%2F%2Fwww.khairulasrol.com%2F2014%2F03%2Fpemasaran-email-memang-terhebat.html

Untuk memenuhi keperluan rich snippet google ni, kemahiran coding pada template amatlah penting kerana segalanya terdapat dalam HTML Template tersebut. Jika rich snippet google ini sudah selesai, maka semakin tinggi la value SEO On page blog korang tu.


Uji On Page SEO Dengan Google Rich Snippet

Bagi markup Authorship dengan rel=author ni, bagi aku dah cukup untuk memberitahu google bahawa blog itu adalah milik kita (tambah autoriti) tetapi penggunaan markup yang betul seperti gambar kedua di atas adalah lebih baik kerana setiap penjuru entri dapat diketahui oleh google bot dengan mudah.


Bro, kenapa sesetengah blog masih tidak memaparkan gambar di sebelah entri kita di google search? Walhal semua markup dah buat dah, publisher semua.

Satu soalan yang bagus! Dalam beberapa kajian yang aku cari di google memang menyatakan google sudah pun mengurangkan jumlah blog/website yang memaparkan gambar mereka di google search kerana dua faktor :


  • Technical issues with the structured data markup or with the Google’s ability to crawl, index, and utilize the structured data.
  • Quality issues, that is, structured data that is technically correct, but does not adhere to Google’s quality guidelines.

credit : https://support.google.com/webmasters/answer/1093493?hl=en

Jadi tidak hairanlah jika markup dah setup pun tapi masih tidak memaparkan gambar korang yang hensem dan comel tu. Tapi jangan risau, lepas siap markup semua, biarkan google sendiri akan menilai sejauh mana berkualitinya blog kita tu.

Secara ringkasnya, satu masalah On Page SEO sudah selesai selain penulisan SEO On page jika kita fokus dalam sesuatu masalah tu. Aku percaya ramai yang perasan pasal benda ni tapi bezanya sama ada tindakan itu diambil untuk diselesaikan ataupun tidak. Tepuk dada tanya diri.

Kalau korang ada apa-apa soalan berkaitan, boleh la komen kat bawah ni. Kalau aku tau, insyaallah aku jawab. Kalau aku tak tau, aku cuba carikan penyelesaian korang tu nanti.



Share :

46 comments

  1. FIRST!

    Bro cuba tlg check blog aku ada tak rich snippet ni, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah orang first. :3
      nanti la kalau aku free aku check kan eh. banyak kerja lagi tertangguh ni. hehe

      Delete
  2. Alhamdulillah satu blog aku sudah melepasi google snippet, cuma yang satu lagi jer masalah dan mungkin perlukan masa untuk google timbulkan semula.

    ReplyDelete
  3. Kadang2 ada, kadang2 takde..heran betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ada gambar tu mungkin bergantung kepada kualiti artikel tersebut. kalau artikel tu bagus, cukup 'seni' nya. boleh jadi gambar tu muncul kat tepi.

      Delete
    2. Ok. Aku pun nak tnye soalan same..dah terjawab dah..thnaks bro

      Delete
  4. haha saje je gurau, aku dah check sendiri dan betulkan mana patut tapi rasa cam was-was lak nak kena ada member tlg check baru leh tido lena.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. eh tak la. untuk blogspot pun boleh jugak. markup structure ni penting untuk bagitahu google bot setiap isi kandungan blog kita.

      Delete
  6. Tak memaham... otak blur le dik akak nih...kna baca semula nnt.. tapi cuba cek blog akak ada ka benda tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak punya takde markup rich snippet google tu. kena pasang sendiri. boleh tenok tutorial ni --> tutorial google snippet

      Delete
  7. satu perkongsian yg menarik bro..

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum..khai,

    byk juga artikel yg ada gambar kat tepi lepas setting template mesra seo nie... kat bahagian header blog... supaya fungsi H1,H2 dan H3 berfungsi auto. mselim3 rasa jika bahagian setting utk seo on page nie di setting dengan baik.. gambar kat artikel kita boleh keluar..cuba tgk artikel mselim3 nie..guna keyword "uwais al qarni"

    ReplyDelete
    Replies
    1. heading pun salah satu optimize seo on page. thanks bro atas perkongsian ilmu juga.

      Delete
  9. blog yang ada gambar sendiri memang cun...
    blog saya cari guna new incognito window..akan hilang dan lesap tak tahu ke mana!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kita login gmail akaun kita, memang akan keluar gambar kita tu kat google search. yang ori memang yg incognito tu. takpe bro. pelan-pelan. aku punya pun takda lagi.

      Delete
  10. blog aku dulu ada author snippet ni tp skrg dah tiada, aku x tau kenapa

    ReplyDelete
  11. Terima kasih di atas perkongsian info... Banyak dah ketinggalan ilmu berkaitan dengan SEO ni... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe ingatkan balik bro. google algo memang berubah-ubah tapi sistem optimize dia tak jauh beza insyaallah.

      Delete
  12. Kenapa aku check tak dapat pun nak verify author. huhuhu

    ReplyDelete
  13. blog blogspot boleh buat ke..mcm mana nak cek

    ReplyDelete
  14. agaknya belog saya ragi terukkan uh...pada pendapat admin heee

    ReplyDelete
  15. boleh cek tak ? jadi mcm nie http://www.google.com/webmasters/tools/richsnippets?q=www.faizalpj.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro punya dah okay. cuma perlu aktifkan nama penulis pada blogpost sahaja.

      layout>body>tick nama author.

      Delete
  16. Thanks bro. Aku mmg tertunggu3 tips top seo ko ni.

    Thanks a lot bro!

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde la tip top sangat. biasa-biase je bro. :)

      Delete
    2. hehe..aku nerd bro..benda2 ni tak tahu..so tips ni luar biasa...thanks bro

      Delete
  17. Banyak nak kena belajar dengan hang ni.

    ReplyDelete
  18. bertambah lagi ilmu tentang SEO ni...terima kasih :)

    ReplyDelete
  19. Terima kasih bro... banyak juga lu tahu pasal on page rich snippet, gua terkial-kial untuk cuba memahami... kena baca banyak kali baru faham sikit ni... apapun tahniah buat anda sudi berkongsi info...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe bro. pelan-pelan. kita bagi setel satu-satu masalah.

      Delete
  20. nice info, dh lm x cek bnde ni

    ReplyDelete
  21. nk tnya sy blogger baru , mcm mn ye blog sy nk ada iklan google mcm blog awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. iklan google tu saya apply guna blog bahasa inggeris saya cik/kak/bro/abang. kalau blog bahasa melayu memang susah nak dapat kecuali yang heavy trafik macam blog berita : bharian.com.my, Hmetro.com.my.

      Delete
  22. Adehh, kena la kawe undi mcm ni, kalu tak kena sekeh kepala... Thanks for SEO tips btw.. Terbaik wehh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. undi jangan tak undi bro. :D alright. semoga bermanfaat.

      Delete
  23. pernah pasang jugak, tapi lama dh x check kat rich snippet.. Btw ,nice info, bro..

    ReplyDelete
  24. Pernah buat dan pernah berjaya. Tapi bila tukar template. hilang..try second time dah tak jadi...

    ReplyDelete
  25. aku singgah utk khatam buat kesekian kalinya =)

    ReplyDelete
  26. Kebiasaannya akan keluar google profile name sahaja kalau disetting dengan betul. Kalau nak sampai keluar gambar tu google jer yang decide kan dan author yang betul-betul berautoriti sahaja yang akan keluar gambar di SERP.

    ReplyDelete

Korang kalau dah baca pastu tak komen, RUGI! :)
Digalakkan guna Comment As "Name/URL" untuk mendapatkan backlink serta memudahkan kunjungan balas.

 


Email : khairulasrol@gmail.com

Dapatkan Update Terkini PERCUMA!
...............................................
We respect your email privacy

Top Reading Posts

Top Recent Posts