Tutorial Pasang Rich Snippet Untuk Blogger

Sunday, April 20, 2014

Tutorial cara pasang rich snippet google ni adalah rentetan entri kepentingan rich snippet untuk menguji kekuatan On Page SEO dan authorship sesebuah blog.

Tutorial Pasang Rich Snippet Untuk Blogger

Semakin hari google algoritme ni lebih mementingkan blog ataupun website yang mempunyai autoriti di mana setiap blog yang memaparkan authorship ini akan lebih diberi perhatian oleh mata-mata google robot.

Penjenamaan yang hebat memang memerlukan masa. Tengok jela blogger hebat macam Hasrul Hassan dan en Titan, mereka dah berblogging lama dan yang paling penting banyak artikel berkualiti ditulis.


Kekerapan merankingkan artikel kita di google search pun sedikit sebanyak menjadikan blog atau domain kita lebih mesra search engine, dengan kata yang lain dah jadi blog kesayangan google untuk berada di carian tertinggi SERP.

Berbalik kepada tutorial yang aku nak kongsikan kepada korang, diharap dapatlah diambil manfaat untuk tambahkan lagi authorship blog korang tersebut.


Cara Pasang Rich Snippet Google

1. Kenal pasti URL google plus anda. contoh saya punya : https://plus.google.com/u/0/+KhairulAsrol/

2. Buat satu post atau page mengenai ABOUT ME/CONTACT/AUTHOR dan tuliskan atau ceritakan serba sedikit tentang anda.

3. Dalam entri tersebut, pilih DUA perkataan yang sesuai untuk dilinkkan ke google+ anda. Contoh :

<a href="https://plus.google.com/u/0/+KhairulAsrol/" rel="me">Khairul Asrol</a>

dah lagi satu perkataan :

<a href="https://plus.google.com/u/0/+KhairulAsrol/" rel="author">Google+</a>

Pada tahap ini, anda sudah mengemas kini rel=me dan rel=author pada blog anda. Rujuk pada page 'Contact' pada blog saya sebagai panduan.

4. Publish and save. Kemudian pergi ke profile google+ anda. Pilih 'edit profile'.

5. Pilih 'contributor to' dan masukkan link URL post/page yang anda buatkan tadi. Kemudian klik save.

6. Cara seterusnya ialah membuat link pada setiap entri post anda ke link goole+ anda dengan rel="publisher". Cara yang paling mudah ialah meletakkan link tersebut pada sidebar blog anda. Contoh :

<a href="https://plus.google.com/u/0/+KhairulAsrol/" rel="Publisher">Google+</a>

Sila rujuk pada sidebar blog saya, anda akan nampak tulisan Google+ dan link tersebut ke URL Google+ saya dengan rel="publisher".

Kalau dah siap, okay selesai sudah markup authorship, publisher dan authorship. Dengan selesainya markup ini, authority blog anda semakin tinggi dan insyaallah lebih mudah untuk berada dalam carian tertinggi google.

Google algo sekarang memang sudah mengurangkan mana-mana blog yang tidak berautoriti di carian tertinggi google kerana mementingkan pemilik yang sah. Jadi, dengan membuat markup seperti ini, insyaallah SEO On Page anda semakin tinggi pada mata google robot.


Share :

20 comments

  1. dah buat benda ni.. mohon bro ajar lebih detail nak kasi 1st page nihh... pm fesbok... :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak first page google? rasanya macam pernah kongsikan kat sini bro. :)
      Rahsia Kemenangan Contest SEO Eridy

      Delete
  2. Assalammualaikum... khai,

    thanks dah setting utk 'pasang rich snippet' .. insaallah.

    mselim3

    ReplyDelete
  3. Akan cuba follow tutorial ni. :)

    ReplyDelete
  4. Dah buat apa yang disarankan... semoga banyak memberi manfaat kepada kita semua. Terima kasih segalanya. Berkongsi lagi jika ada apa-apa yang baik untuk kita orang perlu tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah bro kamil salleh jika berkesempatan. ilmu saya juga masih lagi cetek. hehe

      Delete
  5. terima kasih kerana berkongsikan ilmu yang hebat ini...terbaik!

    ReplyDelete
  6. thanks bro! terbaiklah...

    "Kekerapan merankingkan artikel kita di google search"

    yg ni..apa maksudnya ek bro? mohon pencerahan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. entri yang kita update mempunyai tujuan yang berbeza. satu untuk dicari pengguna dan lagi satu untuk pembaca. kalau boleh, balancekan antara dua ni. lagi banyak kita rank artikel kita kat google, lagi senang google nak notice domain kita (mesra SERP).

      misalnya, kalau kita dah selalu rank tinggi artikel kita dekat SERP (mesra SERP), nanti bila update je google terus letak dekat paling kurang page #2. tambah backlink sikit dah boleh up #1. lebih kurang macam gitu lah. mana-mana domain yg dia suka, dia bagi pagerank (level kesukaan dia). :)

      Delete
    2. Apa maksud ni. Bukan ke Google yang rank kan artikel kita based on google's kriteria (SEO's requirements)

      Atau ada cara untuk kita rank kan artikel kita?


      Delete
    3. ya betul tu. maksud saya ialah tak semua artikel yang kita tulis tu haruslah memenuhi keperluan SEO, dengan kata lain tulisan kita hanya untuk pembaca kita sahaja. penulisan yang biasanya memenuhi keperluan SEO pasti ayat dia akan tak berapa nak sedap kerana penggunaan keyword dan sebagainya. artikel yg mesra SEO biasanya tak mesra pembaca. :)

      sebab tu bila kita lebihkan artikel yg mesra SEO, domain kita akan lebih mesra di SERP dan lebih mudah nak dapatkan pagerank, selain backlink dari domain blog yang berpagerank tinggi. insyaallah akan datang saya kongsikan mengenai kepentingan pagerank dan cara nak dapatkannya.

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk publisher tu kalau tak nak letak dekat sidebar ada cara lain tak? tq

      Delete
    2. boleh. dekat setiap habis entri pun boleh. footer pun boleh. yang penting link tu ada dan boleh dicrawl di setiap page.

      Delete
  8. Terima kasih sifu, anak murid baru je tumpang belajar dan try buat kat blog tadi :-)

    ReplyDelete
  9. Perkongsian yang amat menarik dan ianya membuatkan saya ingin mencuba tutorial ini .. Al maklumlah saya blogger baru dan ingin berjinak2 dalam dunia SEO... banyak kali singgah sini tapi malu nk leave komen... hehehe
    salam perkenalan , hope bro dapat bantu saya dengan join segmen yang saya buat nie.. http://faizuddinfuad94.blogspot.com/2014/04/segmen-jom-tambah-followers.html

    ReplyDelete

Korang kalau dah baca pastu tak komen, RUGI! :)
Digalakkan guna Comment As "Name/URL" untuk mendapatkan backlink serta memudahkan kunjungan balas.

 


Email : khairulasrol@gmail.com

Dapatkan Update Terkini PERCUMA!
...............................................
We respect your email privacy

Top Reading Posts

Top Recent Posts