Assalamualaikum semua. Nampaknya dah lebih seminggu jugak aku tak update blog khairulasrol.com ni. Agak bersawang jugak rasanya blog picisan aku ni. Aku harap masih ada yang masih berminat nak baca pasal penulisan kat blog ni walaupun jarang update.
Sibuk Dengan Aktiviti
Bermula daripada minggu lepas, aku agak sibuk menguruskan beberapa aktiviti termasuk lah menghadiri kelas SEO di Alamanda Mall, Putrajaya pada hari Ahad yang lepas.
Kalau ada yang tengok aku punya timeline, ada aku ajak beberapa orang yang serius nak belajar SEO haritu dan alhamdulillah beberapa blogger yang memang aku sedia maklum hebat dan dunia blogging ni turut serta.
Antara blogger yang hadir adalah Hafiz Mohd, Hafiz Rahim, Nur Istimewa, Muaz Faris dan aku. Memang sengaja tak buat ramai-ramai sebab konsepnya tersangatlah santai tapi penuh informasi.
Kalau korang perasan, rata-rata daripada mereka ada yang tukar template dia kepada yang lebih mesra SEO. Satu permulaan yang bagus untuk mereka, semoga terus maju kehadapan kelak.
Sebenarnya banyak lagi faktor yang mempengaruhi kedudukan kat SERP ni macam keyword research, backlinking dan banyak lagi. Memang nampak rumit sampai ada yang pening lalat nak paham. haha.
Dalam kesibukan tu jugak lah aku terlepas pandang satu program 'affiliate bermusim' yang tengah meletup dalam beberapa hari yang lalu. Aku dengar program tu dibuka selama 4 hari je. Jumlah komisen pun dah tahap ribu riban dah yang dapat. Tahniah!
Kebanyakkan Top Seller Guna SEO
Nampak tak kegunaan SEO? Kedudukan tertinggi artikel promosi kat SERP pun boleh dijadikan sumber jana pendapatan. Mereka akan lebih percayakan bahan bacaan daripada google itu sendiri daripada promosi di facebook dan sebagainya.
Sebabnya pengunjung daripada google ni adalah targetted visitor berbanding di laman sosial sendiri yang lebih cenderung untuk bersosial semata-mata. Mereka yang mencari sesuatu dan bukannya kita offer produk kita.
Think like the fish, not the fisherman! See exactly what people are desperate to find right now!
Kemudian, segalanya bergantung kepada teknik seterusnya seperti teknik penulisan yang menusuk kalbu sampai diorang terliur nak beli. Nak tambah power, buat lah email list supaya kita dapat follow up diorang supaya lebih banyak boleh convert sales.
Bila diorang dah daftar dengan email list kita, diorang semua tu targetted buyers dan memang terbukti kalau kita follow up diorang, jawab pertanyaan diorang semua, mereka akan lebih terpengaruh nak beli.
Sebenarnya banyak lagi kegunaan SEO atau kata mudahnya kalau artikel kita tinggi kat SERP untuk menjana trafik yang lebih berkualiti. Jadi, tak rugi kalau kita kena labur duit sikit untuk ilmu yang kita boleh guna sampai bila-bila.
Share :
eh, mana pergi komen aku tadi...hahaha
ReplyDeletehilang kot. serius aku tak delete. erkk.
DeleteAku tak jadi nak buat yang affiliate tu bro..semput masa. Yang ada ni pun tak sempat nak buat. mungkin nak minta tolong ko upkan yang lain, nak tengok betul2 menjadi tak. hehehe
ReplyDeletetakpe bro aku paham ko busy. urm boleh je. pm la link entri kat facebook aku ye. :)
DeleteKalau nak join memang jauh Putrajaya. Rezeki di lain hari.
ReplyDeletehaha lain kali buat kat pasir gudang , senang aku nak datang
ReplyDeleteaku pun nak try affiliate nanti.. tapi lom kesempatan.. mgkn lepas sbb2014 aku kaw2 fokus..
ReplyDeleteAssalammualaikum... khairul,
ReplyDeleteMemang tak rugi melabur dalam kelas seo nie.. mselim3 setakat nie belajar seo pun daripada google.. kalau gi kelas seo nie mesti lagi best kan...
mselim3
aha~ masa kat kelas hari tuh, mata dah berpinau tgk projektor lama2 sbb tak pakai cermin mata... tu yg jadi pening lalat dah tuh.. so far, ilmu yg disampaikan tuh, dpt gak tangkap... huhu~
ReplyDeleteSetuju.. Blog better than FB dari segi bacaan. Skg nie pun sedang berjinak-jinak nak kenal SEO.. :)
ReplyDeleteTidak rugi pergi kelas SEO ini. Cuma perlu dikemas kini ilmu SEO ini kerana pihak Google ada sahaja benda yang diperkenalkan.
ReplyDeleteohh..aku tak tahu punnn...
ReplyDeleteNak belajar SEO jugak lah...Khairul Asrol ada juga war-war kat FB, tapi tinggal jauh agak sukar nak hadirkan diri.
ReplyDeletePergh.. Untung dapat pergi class SEO ni. Takda peluang je lagi nak pergi.
ReplyDeletesatu kerugian juga kerana tak mampu pergi ke kelas SEO tempohari..namun sikit-sikit boleh berguru dengan bro.Bolehkan!
ReplyDeleteKalau kebetulan molek, memang nak pergi la cari ilmu SEO ni...terbaiklah mereka ni..hehe..bro, ambil lah sy jadi anak murid..leh?hehe
ReplyDeleteBest blog tuan. saya nak refresh balik ilmu-ilmu SEO yang kian saya tinggal dan update yang baru.. jika ada kelas lagi, saya nak join. In Sha Allah :)
ReplyDeleteJom belajar seo tanpa henti.
ReplyDelete