Bersyukur kehadrat Ilahi kerana di atas kurniaNya, maka berakhirlah jugak satu contest SEO yang dianjurkan oleh saudara Eridy selama sebulan ini. Seperti tidak percaya, artikel saya tempoh hari dapat memenangi tempat pertama dalam contest SEO kali ini.
Seperti mana yang dikehendaki oleh pihak penganjur, saya ingin kongsikan perjalanan dan pengalaman saya dalam menyertai kontest ini sekaligus berkongsi sedikit ilmu yang telah saya pelajari selama ini.
Fikir Strategi Dalam Dunia SEO
Perkara pertama yang saya ambil kira sekali sebelum menyertai mana-mana kontest berbentuk ilmiah SEO ini adalah jangka masa pertandingan itu dijalankan.
Ini kerana masa yang diperuntukkan itu haruslah sesuai dengan masa yang kita ada untuk cuba membuat yang terbaik untuk contest SEO seperti ini.
Tempoh sebulan yang diberikan untuk contest ini saya rasa cukup sesuai bagi saya sebagai seorang pelajar dan tak hard blogging untuk membina satu rangkaian backlink untuk memberi kekuatan kepada entri saya tersebut.
Dengan domain yang baru berusia lebih kurang 3 bulan ini, blog ini pernah gagal dan pertandingan SEO "Kontes Review Klinik Cinta" pada carian google.com.my . Namun saya agak terkejut apabila saya menjadi yang pertama dalam carian google.com untuk keyword yang sama.
Atas sebab itu, saya tertarik untuk menyertai kontest SEO ini selepas mendengar ianya menggunakan google.com sebagai carian kata kunci yang dipertandingkan.
Memandangkan bulan Disember 2013 adalah bulan peperiksaan saya, maka saya cuba membuat satu entri simple (rushing nak tidur malam ketika itu) dan memikirkan apa yang perlu saya buat untuk contest SEO kali ini.
Laksanakan Strategi SEO Yang Dirancang
On Page Artikel SEO
Saya menekan pada ketepatan heading H1 (tajuk) pada entri tersebut supaya ianya terus kepada kata kunci yang dipertandingkan. H1 pada setiap entri adalah sangat penting bagi setiap kata kunci yang kita nak rankingkan kerana H1 adalah kata kunci yang menjadi petunjuk kepada crawler tentang artikel yang kita tulis.
Selain daripada segi penulisan, saya juga memberikan penekanan pada optimize gambar pada entri tersebut untuk memastikan google bot dapat membaca setiap apa yang terkandung dalam blog saya ini dengan menggunakan title tag dan alt tag pada gambar tersebut.
Saya menekan pada ketepatan heading H1 (tajuk) pada entri tersebut supaya ianya terus kepada kata kunci yang dipertandingkan. H1 pada setiap entri adalah sangat penting bagi setiap kata kunci yang kita nak rankingkan kerana H1 adalah kata kunci yang menjadi petunjuk kepada crawler tentang artikel yang kita tulis.
Selain daripada segi penulisan, saya juga memberikan penekanan pada optimize gambar pada entri tersebut untuk memastikan google bot dapat membaca setiap apa yang terkandung dalam blog saya ini dengan menggunakan title tag dan alt tag pada gambar tersebut.
Penggunaan Italic, Bold, Underline
Ini juga saya gunakan kerana saya pernah terbaca bahawa bot akan lebih memberi penekanan kepada perkataan yang digunakan itu sebagai ketumpatan (density) kata kunci tersebut. Namun, mungkin ketika ini ianya tampak kurang relevan kerana sudah ramai yang spam sebegitu rupa.
Penggunaan Responsive Theme
Blog ini menggunakan theme yang responsive, minimal dan tidak berat dari segi loading blog kerana tidak banyak widget pada sidebar dan juga sedikit sahaja redirect javascript pada template ini.
Kebanyakkan javascript saya upload sendiri ke google code akaun saya sendiri dan compress supaya code itu tidak digunakan oleh ramai pengguna yang boleh mengakibatkan loading blog menjadi perlahan.
contoh google code milik saya sendiri : https://broblogger-net.googlecode.com/files/recent%20post%20with%20snippet.js
Responsive theme ini pada saya adalah perlu kerana kebanyakan pengguna, pelayar internet kini lebih cenderung untuk melayari internet menggunakan telefon bimbit, iPhone, iPad dan sebagainya.
Pada pandangan saya sendiri, kalau sesebuah blog itu berat, sudah tentu pelawat akan terus padam browser dan terus tidak akan membaca entri kita.
Begitu juga google bot, walalupun ianya robot, tapi jangan pandang rendah kepada 'mereka'. Tapi istilah dia bukan la bot tu terus tinggalkan kita tapi mungkin dia sukar untuk crawl kandungan blog kita tu sekaligus memberi gambaran bahawa blog kita tidak sesuai untuk dirankingkan lebih tinggi di SERP.
Anda boleh mengunakan tools yang google sediakan untuk menguji loading blog anda di sini : http://developers.google.com/speed/pagespeed/insights/?url=http%3A%2F%2Fwww.khairulasrol.com%2F
Off Page Artikel SEO
Selepas selesai untuk entri tersebut, saya menggunakan teknik backlink tersembunyi pada blog ini. Bagaimana? Saya letakkan backlink ke entri tersebut pada footer template ini.

Ini penting kerana saya pernah terbaca dalam entri kemenangan Shah Danial dalam kontest SEO Eyriqazz vs Denaihati tempoh hari bahawa backlink pada footer ini memungkinkan crawler akan crawl sekali masa index entri lain.
Saya juga ada meletakkan keyword saya pada H2 iaitu pada sidebar saya, namun saya rasa ianya kurang memberi kesan kepada SERP kerana kekuatan H1 itu lebih penting dalam menetapkan kata kunci.
Selain daripada itu, saya juga benamkan link ke entri contest saya itu pada setiap gambar pada entri baru yang saya update. Ianya akan redirect ke entri kontest saya kalau anda klik pada gambar tersebut.
Backlink ke entri ini penting kerana link tersebut merupakan sumber gambar tersebut, jadi dengan link ke entri tersebut menunjukkan bahawa artikel contest SEO saya itu lebih relevan di mata google.
Dan pada saya backlink itu sangat penting kerana ianya tepat selepas H1 tajuk entri baharu dan tidak mustahil google bot akan crawl sekali link tersebut setiap kali saya publish entri baharu.
Social Backlinks
Kekuatan entri diteruskan lagi dengan backlink dari website luar seperti blog lain, web 2.0, social bookmarking, dan banyak lagi. Antara website luar yang menjadi pilihan saya ialah pintrest, hubpages, digg, dan beberapa ping site seperti busuk dan kartikel.
Selain daripada itu, saya juga melakukan blog commenting di blog yang berpagerank tinggi dan pastikan ianya dofollow backlink. Ini juga sekaligus dapat mengeratkan hubungan sesama blogger, dalam dan luar negara.
Mengapa dofollow backlink? Untuk pengetahuan, backlink terbahagi dua iaitu dofollow dan nofollow backlink. Dofollow backlink membenarkan bot keluar daripada entri kita manakala nofollow backlink hanya lepas link juice sahaja, sama seperti link yang tidak boleh diklik.
Backlink juga ada dua jenis, satu backlink berkualiti dan juga backlink tak berkualiti. Maksud yang tak berkualiti tu adalah backlink yang tidak dilihat oleh google bot seperti spam backlink.
Lain-lain Strategi
Blog Berplatform Blogger
Blog ini menggunakan platform blogger dan semua orang tahu blogger adalah empunya google. Mungkin kelebihan kepada pengguna blogger platform kalau kita mahir menggunakan coding untuk tujuan optimization.
Sejujurnya saya tak berapa setuju sangat dengan blogger platform lebih baik untuk rank google search engine berbanding wordpress hanya kerana google adalah pemiliknya kecuali anda menggunakan subdomain mereka.
TLD (Top Level Domain) mempunyai autoriti yang berbeza dari segi backlink dan pagerank berbanding subdomain dan pada saya, tiada beza wordpress atau blogger platform kalau kita menggunakan TLD kita sendiri.
Bagaimanapun, itu sekadar teori saya sahaja dan saya sendiri tak pasti kesahihannya. lagi satu rahsia google yang kita tidak ketahui selepas algorithm.
Domain Baharu Lebih Mesra Google.com
Yang ini saya yakin kerana dengan ketiadaan geography (jenis pelawat mengikut negara) domain baharu tersebut, domain baru dua bulan lebih mungkin lebih mesra google.com.
Hal ini juga terbukti apabila saya menggunakan cara yang sama tetapi tetap kalah Kontes review klinik cinta di carian google.com.my kerana tiada/kurang lagi geografi dari pelawat Malaysia.
Masalah Yang Dihadapi
Masalah utama saya sudah semestinya kekangan masa saya yang terlalu terhad untuk tujuan backlinking, blogwalking, blogcommenting dan tak selalu update, ditambah lagi sekarang saya agak sibuk untuk final exam, fokus pada pembelajaran.
Paling Besar Daripada Kesan Google Update Pagerank!
Ini amat mengejutkan saya apabila google secara tiba-tiba mengemaskini pagerank pada bulan Disember yang lalu. Memang kebiasaannya google akan update pagerank sekitar bulan November dan Disember.
Kesannya, artikel saya tiada langsung di muka surat pertama pada carian google dan jatuh hingga ke page nombor 3! Kalau ikutkan hati saya agak malas nak bangunkan kembali entri saya tetapi saya mendapat satu idea baharu.
Saya menggunakan teknik 'pelampung' saya itu dengan menggunakan artikel support yang lebih mesra search engine iaitu entri 'Contest SEO Eridy Kelaut' untuk cuba tarik entri contest tersebut ke muka surat pertama.
Dan alhamdulillah, hari demi hari, artikel kontest saya bergerak dari page 3 ke page 2 dan perlahan-lahan naik balik dalam masa 4 ke 5 hari. Ini juga antara try and error yang saya buat, tak tahu pulak menjadi. Kalau menjadi maknanya betul la teknik tu.
Kesimpulannya
Secara keseluruhannya, itulah yang saya lakukan dan saya praktikkan hasil daripada apa yang saya belajar dari tahun 2011 hingga lah sekarang. Nampaknya sudah 3 tahun juga saya dalam dunia blogging ni.
Juga perhargaan kepada Bro Shah Danial atas informasi yang saya belajar daripada beliau, daripada blog beliau, daripada apa yang dikongsikan ketika beliau menang iaitu contest Eyriqazz vs Denaihati tu. memang terbaik!
thanks sifu!
Banyak dah bukti beliau memang master SEO ni, antaranya :
- Domain forblogger.net ketika beliau menjadi pemiliknya, telah mendapat pagerank 4 dalam usia domain 2 minggu!
- Blog forblogger.net dulu pernah menjadi salah satu top sumber informasi terkini Malaysia, dengan pageview cecah 100k hingga 200k sehari dari seo sahaja dan beberapa sosial sharing daripada pengunjung blog tersebut.
- Blog terjual dengan harga yang dirahsiakan, tetapi permulaan bidaan adalah RM9000 dan semestinya harga sebenar penjualan lebih daripada itu.
Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur dan pihak sponsor (jika ada) di atas kesudian memeriahkan dunia blogging dengan kontest berbentuk ilmiah seperti ini. Terima kasih saudara Eridy!
Dunia SEO ni menarik, tak lengkap seseorang blogger itu kalau tak belajar mengenai SEO. Ya algorithm google sentiasa berubah dari semasa ke semasa tetapi itulah manisnya dalam blogging, ada cabaran! :)
p/s : belajarlah apa juga ilmu yang ada, carilah walaupun kena keluar modal sikit. Harga tu berapalah sangat kalau nak dibandingkan dengan ilmu yang kita dapat nanti. tak gitu?
Untuk pengetahuan Saudara Shah Danial bakal mengadakan kelas Master SEO pada awal tahun 2014 ni, sekitar bulan Februari atau Mac, mengikut kesesuaian masa beliau.
Harga? insyaallah harga dia tak mahal pun. Detail lebih lanjut nanti saya cuba tanya dia, lokasi dan sebagainya. Ada antara anda yang nak join saya sekali ke? Nantikan. ;)
p/ss : Hari ni jugak adalah hari jadi aku. Jadi kemenangan ini adalah hadiah untuk hari jadi aku untuk tahun ini. Jangan lupa wish sekali ye. hehe.
Share :
Bro tertinggal satu. Blog commenting backlink.
ReplyDeleteHaha, hari tu ambe ada check entri bro dekat backlink watch. :D
Walau apapun, tahniah atas kemenang bro. Ambe doakan bro semakin murah rezeki. :)
haa itu lah, blogwalking sambil komen, jadi blog commenting backlink. haha. thanks bro. aminn.
Deletetahniah menang dan happy birthday. awal gila wei bday kau. haha
ReplyDeletebila kelas SEO Shah Danial tu? Roger2 kat FB ah :D
haa awal kan. kalau mak aku lahirkan aku awal 2 hari dah lebih tua. :D
Deletekelas tu tak tau lagi bila. okay nanti aku roger sekali.
ilmu yang sangat bermanfaat... terima kasih kerana sudi berkongsi. Tahniah diatas kemenangan dan Selamat Hari Jadi... ;-)
ReplyDeleteada cara nak menang kalau ada yang mengetahuinya. Gua terlalu sibuk. Tak sempat nak promosi sangat.
ReplyDeletekalau kena cara dia, insyaAllah boleh naik tinggi. gua tau lu sibuk, sebab tu gua ambik kesempatan ni. keh3
Deletetak apa. Rezeli lu.
DeleteSekurangnya, lu leh tambah profile baru dalam portfolio lu. Senang nak adjust dengan advertiser nanti. Leh main harga. hehe..
Tahniah. Ada sesetengah tips yang awak buat tu saya pernah buat. Tapi entri jatuh merudum kerana saya biarkan dan tak selamatkan entri Contest SEO Eridy saya tu. Saya sibuk akhir bulan tu sehingga saya biarkan langsung entri tu dan tak buat banklink langsung.haha Btw, tahniah tau. Ini hadiah befday awak tahun ni :)
ReplyDeletehehe, takpe nanti kita bersaing lagi ye secara sihat, terima kasih wish. :)
Deleteomg!byk lg yg sy kena blajar psl seo ni...hew2..mslh h1 sy tu xslesai2..puas guna tuto tu tuto ni x settle2..btw, good luck n happy birthday :)
ReplyDeleteFinally, Tahniah, Congrats, syabas, mubarako !
ReplyDeleteBoleh la belanja aku open table. Jangan lupa bawa laptop skali haha.
Semoga panjang umur, murah rezeki dan semakin beriltizam
thanks bro. boleh je nak open table. tapi tunggu aku naik semester baru lah. beli laptop baru. haha. thanks jugak untuk doa dan dorongan. aminn.
Deletewah hebat, semua yang rahsia bro tulis tu aku pernah buat , tapi aq jenis malas join kontest suka tengok-tengok je sebab ilmu seo ni masih sikit tak layak lagi nak bersaing dengan otai-otai di luar sana.
ReplyDeletekalau kita ada ilmu tapi tak cuba, kita takan tau takat mana tahap kefahaman kita tu bro. cuba je asalkan boleh.
Deletewah congrats sebab dapat tempat pertama! Tapi kenapa bila saya google contest seo eridy using private browsing blog si khalid kyle yg ada pada kedudukan pertama & kedua erk..salah tgk ke.. tapi entry ni mmg bermanfaat. Diharap dpt kongsi lebih byk ilmu di masa akan dtg.Thanks sebab sudi kongsi tips SEO =)
ReplyDeletemungkin sekarang dah tak top first page sebab saya dah berhenti buat promosi. hehe
DeleteThanks sharing bro..aku masih lagi newbie dalam seo. Kalau ada kelas tu nanti aku nak join jugak. Sila update kat blog berkenaan tarikh tu ye bro
ReplyDeletebaik bro. nanti saya inform kat sini ye.
DeleteMemang terbaik perkongsian ini. Tak termampu saya nak ikut. Apapun, Tahniah!
ReplyDeleteTahniah bro. Hang memang layak menang dengan teknik dan strategi yang tepat. Nanti update tentang kelas master tu bro.
ReplyDeleteinsyaallah nanti saya update kat sini ye. jangan terlepas pulak. kelas ni jarang jarang ada.
DeleteTanniah atas kejayaan bermain contest SEO.
ReplyDeleteTaniah bro permaian bro kali ini memang mengena
ReplyDeletekena la sikit sikit. umpan google kali ni, suka pulak dia.
DeleteFuyoo...tahniah bro...dan selamat hari tua
ReplyDeletethanks bro. selamat makin maju kehadapan lah. keh3
Deletetahniah saudara khairul
ReplyDeletetips seo yg menarik..nak belajar satu2
boleh. silakan la amalkan. pahamkan betul betul ye. bebila kita bersaing lagi secara sihat.
DeleteTahniah bro, penerangan yang cukup panjang dan padat. Kena belajar lagi gamaknya dalam ilmu SEO ni.
ReplyDeleteilmu SEO takan habis bro, teruskan belajar. best kalau kita ikut perubahan algo google ni.
DeleteAssalammualaikum... saudara khairul,
ReplyDeletemselim3 ziarah sini.. baca ilmu kat sini... terbaik..
mselim3
Terima kasih atas ilmu yang diberikan..hehe
ReplyDeletepsttt pstt... dah ada awek tak? hoho
ReplyDeleteawek? nak buat apa awek? blog ni lah awek aku. keh3
Deleteawak hebat. tahniah!
ReplyDeleteTahniah bro, memang perkongsian yg agak jelas..aku lepas join, terus busy..entah jauh ke page mana blog aku tu haha..
ReplyDeleteentri kontest tak boleh biarkan terus lepas publish bro. kena ada follow up backlinking network bagi kuat entri kat google. takpe nanti kita bersaing lagi secara sihat. :)
Deletetahniah bro..
ReplyDeletetak sangka membe baik gua dah capai tahap ni .. aku je lagi masih emncari arah tujuan hidup .. haha .. tahniah bro =)
ReplyDeletealaa gua blogger cap ayam je bro. hehe
DeleteTahniah yek...banyak ilmu yang dikongsi!!!!
ReplyDeleteAwak tak kedekut ilmu
ilmu untuk dikongsikan bro. apa salahnya kan. :D
Deletetahniah dan selamat berblogging..teman dpt nombor 5 je jadi le..ehe..xsempat nk buat apa pun utk contest ni sebab bizi sgt dlm masa sebulan tu.best je jdi student.igt time dlu dolu.hehe
ReplyDeletetahniah atas kemenangan dan teknik yang penuh ilmiah ini,,,
ReplyDeleteTahniah dan terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna untuk saya sebagai newbie.
ReplyDeleteSemoga terus sukses dan murah rezeki.
kita belajar sama sama ye bro.
DeleteCongrats bro. Sesungguhnya ilmu itu amat penting. Thanks for sharing
ReplyDeletetahniah bro dan selamat hari lahir semoga sukses selalu, insyaAllah.
ReplyDeletenak buat mesti ada strategi bukan main belasah je hurm..note untuk saya jugalah ni
ReplyDeletepost yang menarik..boleh diambil > perhatian
ReplyDeleteTahniah & thanks for the tips...banyak kena belajar coz SEO knowledge almost zero...
ReplyDeletetakpe kita sama sama belajar lah ye.
Deleteaku tak abis baca lagi,, sambung lepas ni,,
ReplyDeleteTahniah buat bro...selama ini rahsia terbuku di dada kamu sudah kamu kepuarkan setelah berjaya no.1 di serp utk contest seo eridy. Semoga saudara khairol sentiasa sejahtera, berjaya dan kaya.
ReplyDeletekaya? aminnn. jauh lagi nak tahap kaya tu. hehe
Deleteada guna fiverr tak? servis yg mana satu ya?
ReplyDeleteuntuk contest saya tak guna fiverr. fiverr ni ada jugak lah yang saya ambik tapi bukan untuk kontest, untuk seo long term je. bagi kuat sikit ranking domain akt google.
Deletetq bro, kim salam kat akak ek
DeleteOkay artikel ni menarik!
ReplyDeleteNanti saya baca semula. Ini pun rush je sebab ada benda nak buat.
Okay, TAHNIAH ya Khairul Asrol.
nak bookmark sekali pun takpe.
Deletetahniah... klu nak minta tunjuk ajar boleh x?
ReplyDelete