Aku buat sendiri tau ni.
Keyword Research dan Backlinking ni penting ke? Ramai yang bertanya soal menaikkan sesebuah blog dalam carian google engine. Jadi kat sini aku nak kongsikan satu rahsia sebenar dalam buat entri.
Untuk pengetahuan, aku baru sahaja selesai kertas peperiksaan aku yang terakhir semalam. Rasa macam diawang-awangan pulak bila dah habis belajar untuk semester ni. hehe.
Jadi, sebelum aku balik bercuti selama 3 minggu lepas ni, bukanlah maknanya aku takan berblogging 3 minggu tak update blog. Bergantung kepada masa aku lah sebab kat rumah aku internet tak ada, line broadband pun macam siput. Biasalah rumah kampung je, line 3G tak kuat.
Keyword Research dan Backlinking
Dalam banyak-banyak bahan bacaan yang aku cari kat google cakap 90% kesilapan orang yang run website baru ataupun publish entri ni tak buat keyword research dengan betul.
Keyword research ni termasuklah jumlah pencari di internet, Cost Per Click (CPC) kalau guna Adsense, competition dan banyak lagi. Trend mengikut tahun pun ada jugak rasanya kalau tak silap.
Ada banyak cara nak tahu sesuatu keyword tu menjadi carian pengguna ke tak. Ada tools yang berbayar dan ada jugak yang PERCUMA. Contoh macam Google Adword dan NameStall.
Kajian Lebih Mendalam Terhadap Kata Kunci
Yang ini aku belajar dari blog mamat Filipina yang aku kongsikan dalam entri aku sebelum ni. Kekadang relevannya pencari di internet ni pun di ambil kira jugak.
Aku bagi contoh kat sini, kalau korang target product dari Amazon, korang buat kajian tentang keyword pasal produk tu, dan kemudian pastikan jangan tengok pada Global Search sahaja tetapi lebih utamakan kepada pencari dari United States atau United Kingdom.
Kenapa? Sebab 30% ke 40% pengguna internet pada carian global ni lebih terarah daripada negara India.
Jadi kenapa tak boleh ikut global search semata-mata? Satu je sebab dia. Cara hidup diorang berbeza dengan di United States atau United Kingdom ni. Kehidupan orang di Eropah lebih menjurus kepada belian di internet, berbeza dengan di India, sama macam kat Malaysia.
Mereka (pengunjung dari UK/US) ni lebih suka beli barang online dan shipping atau pun pos direct ke rumah mereka. Jadi utamakan pengunjung dari UK/US itu lebih berbaloi, begitu jugak dengan CPC lebih tinggi kalau guna Adsense.
Tambahan : Begitu jugak dengan kepentingan sesuatu produk tu. Kalau produk yang korang review tu sangat penting, berguna kepada pengguna tu, mesti diorang beli punya lepas baca review korang tu. -Tips affiliate.
Masalah Tak Pandai Review Produk
"Gua dah la tak pandai bahasa inggeris, lagi mau review produk. Elak makin tak terjual ada lah nanti produk yang gua review tu."
Rilek dulu. Banyak sebenarnya source of articles ni. Antara yang aku suggest ialah cari penulis review produk dari oDesk, freelancer ataupun fiverr pun okay jugak. Diorang ni memang jenis cari makan dengan menulis, jadi mesti diorang buat yang terbaik punya.
Harga yang biasa aku tetapkan, $1 per 100words. Tapi kalau korang mampu nak bayar lebih, dapatlah artikel panjang sikit. Biasa dalam 400 ke 500 perkataan cukup untuk satu entri review tu.
Kalau korang nak main adsense, guna lah micro niche site, dan upah orang tuliskan dalam 10 hingga 20 artikel untuk blog tu. Boleh la kot. tapi sakit dia kat modal lah. Kalau satu artikel modal dah $5, 10 artikel pergi jugak $50.
Sebab tu lebih berbaloi kalau review micro niche produk, tahan lama dan modal kecik je. Lebih kurang macam affiliate produk la. Kita review, dapat sales, dapat lah komisen.
Backlinking
"Masalah gua ni tak pandai nak rankingkan kat google. Haa tang tu macamana bro?"
Yang ini pun susah sikit lah aku nak tolong. Bukan taknak tolong tapi dia banyak kerja, lebih banyak kerja daripada keyword research tu sendiri. Dia banyak kerja sebab perlukan masa nak buat backlinking je.
Malas? Kalau malas senang je. Lagi labur duit untuk SEO service. Selesai masalah. Ini pun banyak dah orang sediakan servis SEO kalau korang pandai cari. Kat fiverr pun ada. Pergi google kalau nak lebih.
SEO servis ni aku tak galakkan kalau korang guna hanya untuk naikkan ranking dan dapat visitor semata-mata. Biar pelaburan tu lebih berbaloi, lebih baik rankingkan website yang lebih lumayan macam Amazon punya produk tadi ke, ataupun korang own satu website servis SEO.
Mana nak cari/buat website servis SEO ni? Senang je. Pergi kat Flippa. Dekat Flippa ni ada yang webmaster, web developer semua. Korang tinggal cari je dan pilih yang terbaik, yang betul-betul cantik design, user friendly, color menarik dan banyak lagi.
Berbalik dengan backlinking tadi, kalau korang target untuk long term, biasanya SEO servis yang ada monthly payment ni yang terbaik, bukan one time macam sekali bayar untuk 10 Edu backlink, 30 web 2.0 ke 3.0 entah aku tak ambil tau sangat.
Monthly basis macam ni lebih baik sebab dia rank tinggi kat google terus sampai lah korang berhenti bayar monthly tu, sebab duit pokai. haha. Sebab tu pastikan pelaburan itu berbaloi.
Bagusnya monthly basis yang aku jumpa kat Warrior Forum dia ranking satu URL dengan keyword tertentu. Jadi memang berbaloi la kalau run website buat servis ke bisnes online korang ke. Kan makin untung kalau dapat nombor setiap masa, bisnes pun jalan dengan lancar.
Just my little 2 cents, aku share dengan korang tentang apa yang aku baca supaya korang juga mempunyai hala tuju dalam dunia internet ni. Aku tak master pun dalam benda ni, masih dalam pembelajaran. :)
Share :
terbaik perkongsian bro..KB memang dah perasan bro bukan calang-calang punya blogger..boleh naik tahap genius SEO..ops terlebih bodek ke?
ReplyDeleteuish, mana ada, biasa je bro. masih dalam pembelajaran lagi. :)
Deletebanyak sungguh ilmu nak timba walau agak serabut sikit tangkap dalam otak .btw thnks admin
ReplyDeleteyup..memang betul..tak salah lagi..ramai blogger tak bermula dari sini..tulis apa nak je..macam aku juga..ahaha
ReplyDeleteko ada beli ebook titan kan? mesti ko lebih tau pasal ini. titan banyak rahsia woo. keh3
Deleteada..tapi ada yang aku tak pernah jumpa..pasal keyword research,long tail keyword,deep link semua aku dh tau sebenarnya..malas ngan tak je..
Deleteingat nak amek Keyword Samurai tu je nanti..kumpul duit dulu...ohoho
hehe..
ReplyDeletebelasah aje. jangan serius sangat. haha
bab duit gua serius sikit. biar makan dalam sikit ilmu tu. hehe
Deletekalau artikel biasa, lantak lah, bukan target google sangat pun kan. :)
banyak ilmu baru ni, puteri kena lebih rajin membaca dan search ilmu lepas ni. Selalunya main tulis je..hehe
ReplyDeleteKadang-kadang nak fahamkan pun naik pening pun ada. .Pakar je yang pandai buat,
ReplyDeleteaku ni pakai main tulis jer, aku cuma amalkan tulisan artikel mesti ORI dan juga tulis mesti minimum 350 patah perkataan, tu jer, hehehe
ReplyDeleteitu pun bagus jugak. ori sudah semestinya.
DeleteWahhh pening gak nak faham ni..emm banyak menda gak nak kena buat ekk..emmm..terima kasih atas infonya..nak kena mendalami sungguh-sungguh bahasa orang puteh ni..senang kerja sikit..emm
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian yang marvellous. Bro boleh jadi Cikgu SEO saya? Hehe...
ReplyDeleteboleh je bro. takde masalah. rajin follow up sini. ada la ilmu sikit. :)
DeleteAssalammalaikum...khairulasrol,
ReplyDeleteok... nice sangat entry nie,... sebenarnya ilmu tak pernah habis,, semakin digali semakin byk iingin kita ingin ketahui lagi..
mselim3
yaa, ilmu tu takan habis kalau kita rajin cari.
DeleteHanya yg pakar je boleh berbicara sebegini...
ReplyDeletemana ada pakar AUC. baru je nak belajar merangkak ni. hehe
Deletethanks for sharing..share byk2 lagi yaww!!
ReplyDeletepsstt!ptt la ..line mcm siput sedut rupanya..time cuti2 ni la ada msa nk promote GA tu sbnarnya kn..mohon bako berukband tu..kekeke
erkkk,,, pening cek baca,, nasib baik cek tulis personal blog je,, huhuu
ReplyDeletepeninggg arr. hehe
DeletePening kepala kalau asyik buat research. Aku tulis apa yang terlintas jer. By the way nice tip
ReplyDeletehaha , nampak sangat aku ni malas nak buat research
ReplyDeletehang dah power takpa lah tayah buat research sebab dalam kepala dah tau apa keyword best. hehe
DeleteTerbaik gila perkongsian hang, banyak ilmu ni. Boleh bro jadi sifu saya?
ReplyDeletekalau aku x komen, rugi plak aku baca artikel panjang2 nie.. Hehe
ReplyDeleteBtw, nice sharing bro.. baru tahu betapa ceteknya ilmu SEO saya nie .
Terima kasih bro.. :) memang rugi kalau tak komen sini :)
ReplyDeleteThanks bro...,
ReplyDeleteterima kasih diatas perkongsian entri ni. yaAllah..byknya yang akak tak tahu bab2 keyword ni haa..
ReplyDeleteBanyak lagi nak belajar SEO ni. Bro... Jom jumpa. hehehe
ReplyDeletewah...perkongsian yg menarik....byk benda yg kena belajar n patut tau dlm dunia blogging ni...thanks 4 sharing bro :)
ReplyDelete