Maksud Penulisan On Page

Monday, January 13, 2014

Maksud Sebenar Penulisan On Page

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Entri aku pada kali ini adalah mengenai satu lagi informasi berbentuk ilmiah SEO yang baru je aku bayangkan dan ada sedikit kefahaman menarik tentang On Page SEO.

Ramai antara kita yang tak tahu, tak pernah tahu ataupun memang tak pernah nak ambil tahu makna sebenar penulisan SEO On Page yang selalu kita dengar adalah penting dalam menaikkan ranking di SERP. Di sini, aku akan kupaskan lebih mendalam makna penulisan On Page daripada sudut pandangan aku.


Jangan Samakan Entri SEO Dengan Entri Biasa

Daripada komen balas yang aku terima daripada entri Rahsia Perjalanan Kontest SEO Eridy dan entri Pentingnya keyword research dan backlinking tempoh hari , ramai yang cakap,


“Bro, aku tulis je apa yang aku nak tulis. Kadang aku tulis je apa yang terlintas kat kepala aku tu. Pening jugak nak ikut semua ni. Aku busy tak ada masa nak buat semua ni. Pening arr Pening arr!”

Okay tu adalah antara rungutan yang aku terima. Haha. Kita jangan samakan antara ‘entri buat duit’ dengan ‘entri asal boleh’ kerana keperluan untuk setiap entri tu berbeza. Faham? Tak faham sila baca banyak kali.

Aku taknak ulas banyak mengenai keperluan setiap entri tersebut sebab korang sendiri tahu entri yang korang tulis tu tujuannya untuk apa, untuk siapa dan mengapa korang tulis entri tersebut. Jawapan dia ada pada korang sendiri.

Takpe la nak berjaya kena lah bersabar sikit. Kerja kat internet ni, makin lama kerja dia makin mudah. Tak percaya? Tanyalah kat sesiapa yang dah konsisten buat duit dengan affiliate marketing, Adsense dan sebagainya.

Diorang ni kerja bertungkus-lumus pada permulaan macam aku ni, belajar SEO bagai nak rak semua, demi menaikkan blog tersebut, tetapi selepas tu, kaching kachingg! Duit masuk tanpa henti. Kan best macam gitu.

Okay macam dah kelaut je cerita aku ni, berbalik dengan On Page yang aku nak cerita ni, FAHAMKAN betul-betul ya, tiada ulangan walaupun korang boleh ulang baca banyak kali nanti.

Peranan Penulisan SEO On Page

SEO On Page ini adalah permulaan kata, pandangan pertama pada mata google untuk melihat sejauh mana menariknya artikel korang tersebut untuk dirankingkan di muka surat pertama google.

Pandangan pertama ni sangat penting sebabnya kalau entri korang tersebut memenuhi keperluan On Page yang google cari, tak mustahil, dan memang betul terjadi entri korang tu nanti akan terus berada di muka surat pertama selepas publish beberapa minit walau tanpa satu pun backlink lagi!

Dengarnya seperti WOW kan? Tapi itulah hakikatnya. Mamat Filipina yang aku cerita haritu pun cakap, dia pernah buat entri promosi produk Amazon, takde backlink lagi tapi dah duduk first page. Tapi tak lama lah, kena ada support backlink jugak lepas tu.

Dia cakap google punya algorithm ni pelik tapi pada aku pasti On Page dia tu memenuhi keperluan SEO On Page yang google mahukan. Mungkin dia tak sedar yang artikel dia tu lengkap dah dengan ciri-ciri yang google suka.

Jadi Bagaimana Cara Penulisan On Page Yang Sebenar?

Ini soalan yang bagus! Jawapan dia, serius aku pun tak tahu lagi. Haha. Ini masih lagi dalam kajian try and error aku untuk mencari ramuan sebenar SEO On Page google. Masih banyak yang perlu aku belajar dalam dunia SEO ni dan masih banyak ramuan sebenar google yang aku masih belum jumpa.

Okay aku rasa cukup sekadar itu mengenai SEO On Page yang aku tahu. Aku yakin dan pasti yang kita semua tak akan jumpa punya kaedah sebenar SEO On Page ni kalau kita google sendiri.

Sebab apa? Sebab mereka yang dah jumpa ramuan sebenar SEO On Page google ni TIDAK AKAN sama sekali kongsikan ramuan killer ni kat publik. Kesimpulannya, kita termasuk aku sendiri harus mencuba dan terus mencuba mencari ramuan itu sendiri.

Seperti yang aku pernah cakap, ini semua rahsia google dan satu-satunya cara untuk mengetahuinya adalah dengan try and error sahaja. Jadi nak ke taknak kita kena cuba lah sendiri. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.

Kenapa tu je cara dia? Pertama dengan try and error je kita akan jumpa mana teknik yang terbaik dan yang kedua memang tidak akan ada orang kongsikan rahsia dia kecuali Kelas MASTER SEO Shah Danial nanti. Aku jamin dia dah ada ramuan dia yang tersendiri.

Teruja tak nak tahu? Tempat sangatlah terhad! Nasib lah sapa yang dapat pergi memang sangat-sangat bertuah kerana ramuan beliau mengenai SEO On Page dan SEO Off Page akan dibongkarkan menggunakan teknik yang beliau belajar sendiri, kelas yang hanya dibuka sekali, pertama dan terakhir daripada beliau. Nantikan.

p.s : Doakanlah eh aku dapat jumpa ramuan aku sendiri nanti. Untuk SEO Off Page, nanti lah aku cerita lain, kena study betul-betul makna sebenar SEO Off Page ni baru boleh kongsi. Tengok line internet kat rumah aku ni macam tak mengizinkan je. Kehkehkeh.

p.ss : Mohon dapat bezakan penulisan SEO On Page dengan makna keseluruhan SEO On Page. Penulisan SEO On Page adalah sebahagian daripada SEO On Page.

Share :

21 comments

  1. dr ape yang aku dok baca... algorithm terbaru ni lebih kpd pertanyaan pengguna dan google up based on best answer.. gitu la yang aku leh ringkaskan..

    ni contest seo terbaru.. Contest SEO Car Stickers Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jadi camtu jugak. nanti try la up entri yang takde pertanyaan kalau boleh naik jugak, memang pelik la google algo ni.

      Delete
  2. aku nak cerita, tak berapa reti. Tapi kalau ko dah mampu capai sekurang-kurangnya 20 sales dari program affiliate berbeza setiap bulan. Ko akan nampak apa kejadahnya onpage dan offpage tu. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku masih dalam pembelajaran bro. kalau ada tips, share la sikit. ajar ku sifu! :D

      Delete
    2. aku rasa ko dah leh faham dah konsep asas onpage dengan offpage ni. Senang cakap, kena pandai "main". Dan tak leh nampak gelojoh sangat. Rancang dan buat pelan-pelan. Dalam setahun paling cikai untuk develop semua tu.Tahun kedua dan ketiga..ko akan nampak kesannya.

      Delete
  3. On Page SEO, dulu aku ada software dia tapi sebab laptop aku rosak benda tu hilang. Dah la aku dapat yang nulled punya. demmit.

    ReplyDelete
  4. akan ku pelajari sedikit demi sedikit mende yg berkaitan SEO ni ^^

    ReplyDelete
  5. kena belajar slow-slow kalau bab ni. kasi faham betul-betul.

    ReplyDelete
  6. Serius, malas nak baca lagi artikel ni.

    Pening!

    Nak setel perkara yang penting dulu.

    ReplyDelete
  7. satu perkongsian yang baik! terima kasih

    ReplyDelete
  8. Adalah nampak sikit2 apa yg bro tulis ni...nak kata faham banyak, tak sampai lagi..hahhaa

    Apapun, makan tahun jugak ni nak hadam betul2 bab seo...tak kisahlah..buat slow n steady

    thanks bro berkongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ramai orang nak belajar SEO jadi skop penulisan yang ini aku rasa kecik sikit lah. takpe asalkan dapat bantu orang yang minat SEO.

      Delete
  9. Emm on page seo ni dalam kandungan artikel sahaja kan?seronok kan kalau mereka dan mereka kongsikannya secara meluas..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang kadang bukan kedekut, tapi killer tu, kena cari lah, pergi kelas berbayar ke, hehe. on page ni sebenarnya banyak, penulisan On page ni salah satu daripadanya.

      Delete
  10. perenggan akhir tu apasal aku rasa berpusing je
    tak faham

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum...khai,

    perkongsian nie.. dah byk baca pasal seo nie... tp bg mselim3 blom puas lagi.. mselim3 baca pasal teknik seo nie.. byk digoogle dan blogger india dan indon yg terrer..tp biasalah khai ilmu ini tak pernah cukup lagi dibaca lagi seronok..

    mselim3

    pls: jika kamu ingin kan dunia hendaklah kamu berilmu, jika hendakkan akhirat hendaklah kamu berilmu, akan tetapi jika kamu berkehendakkan dunia dan akhirat hendaklah kamu berILMU.. pokok nyer semua perlu berilmu..

    ReplyDelete
  12. salam

    makin banyak dikaji makin banyak nk kena cari..terima kasih..suka baca tip di sini

    ReplyDelete

Korang kalau dah baca pastu tak komen, RUGI! :)
Digalakkan guna Comment As "Name/URL" untuk mendapatkan backlink serta memudahkan kunjungan balas.

 


Email : khairulasrol@gmail.com

Dapatkan Update Terkini PERCUMA!
...............................................
We respect your email privacy

Top Reading Posts

Top Recent Posts