Apa yang aku nak kongsikan kat sini lebih kepada perbincangan tentang pendapat korang semua mengenai dua 'advertising platform' yang berkesan ni.
Kebanyakkan daripada kita mengambil jalan mudah dengan menggunakan facebook ads kerana ianya jauh lebih mudah dengan jumlah pembayaran yang berpatutan.
Facebook Ads
Seperti mana yang kita semua sedia maklum, facebook merupakan satu laman sosial yang terbesar kat dunia ni. Tak mustahil jika kita menggunakan facebook untuk tujuan pengiklanan untuk tujuan promosi dan sebagainya.
Kos berjumlah RM22.26 ni adalah untuk menggunakan servis promosi di facebook. Caranya mudah sahaja dengan hanya klik pada butang 'promote' dan anda akan dibawa ke laman pembayaran.
Antara tips yang aku galakkan ialah :
- menulis dengan lengkap terlebih dahulu dengan ayat yang cukup memikat hati pembaca dan pembeli terutamanya. Gunakan kelebihan sepertimana korang mengayat pasangan korang ketika bercinta pun boleh.
- Masukkan link, nombor telefon ataupun email untuk tujuan pembelian (jika perlu). Ini akan lebih memudahkan pembaca ataupun target prospek korang tu mudah nak hubungi korang nanti.
Landing Page Sendiri
Landing page ni secara ringkasnya menggunakan platform seperti blogger ataupun website sendiri untuk promosikan produk korang tersebut. Antara produk yang boleh dipromosikan melalui laman sesawang seperti ini ialah servis, homestay, affiliate program dan lain lagi.
Kebiasaannya landing page macam gini memerlukan kemahiran tertentu seperti coding blog, mempelajari tentang SEO dan kos yang diperlukan juga tidaklah terlalu tinggi.
Mungkin kos untuk membina satu website yang sempurna memerlukan sekurang-kurangnya RM100 untuk domain dan hosting tetapi boleh juga menggunakan platform blogger secara percuma tetapi mungkin tidak berapa berkesan.
Kelebihan menggunakan landing page seperti ini ialah ianya tahan lama, tak lapuk dek hujan, tak lapuk dek panas. Ala-ala suam-suam kuku jelah mengikut kemahiran yang ada. Kalau pandai main SEO, mungkin kelebihan tersendiri untuk website tersebut.
Contoh seperti entri Kontes Review Klinik Cinta aku ni. Kedudukan kat carian google.com berbeza dengan google.com.my. Boleh klik salah satu link di bawah untuk cuba keyword tersebut :
google.com.my : https://www.google.com.my/#q=kontes+review+klinik+cinta
google.com : https://www.google.com/#q=kontes+review+klinik+cinta
Manakah Yang Terbaik?
Okay, satu soalan yang bagus untuk diutarakan. Pada aku sendiri ianya bergantung kepada kemampuan korang sendiri. Bagi yang rasa malas nak buat kerja, boleh la labur duit sikit asalkan ianya berbaloi.
Ada juga yang menggunakan servis buat blog untuk promosikan produk mereka di internet dengan bayaran yang tinggi. Apa yang penting produk mereka itu terus dipromosi dalam carian engine sampai bila-bila.
Korang rasa mana satu yang lebih berbaloi?
Share :
guna FB crowded sangat la, gna landing page sendiri la
ReplyDeleteagak laa. landing page sendiri lagi senang kann. :)
DeleteNak cakap pun tak reti sangat...tp ambe rasa FB ads tu kalau kena gayanya..mmg lebih efektif
ReplyDeleteAku pun tak bape paham dengan FB Ads ni.. Membe aku reti la..
ReplyDeleteaku belum pernah coba gunakan facebook ads, kira2 harga iklannya lebih murah mana ya dibandingkan ama google adwords ??
ReplyDeleteSaya dah lama dgr pasal FB ads ni..tapi belum bersedia lagi nak mencuba..dengan blog pun dah laluinya..ada yang menjadi, ada yang tak..haha
ReplyDeleteGuna FB ads better for those yang ada run business. Kalau page tu dibuat untuk blog yang takde niche tersendiri, better landing page.
ReplyDeletemasih tak faham sangat
ReplyDeletelagi pun aku tak ada apa2 pun nak dijual/diiklankan